Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.nuh] | بونوه

Definisi : ; ~ diri mengambil nyawa sendiri dgn sengaja; hukum ~ hukum mati (dgn dipancung, digantung, ditembak, dll); berbunuhan, berbunuh-bunuhan, bersibunuhan ark, bunuh-membunuh mati-mematikan (sesama sendiri), saling membunuh (mematikan): pd zaman dahulu, masing-masing berperangan dan ~;membunuh 1. mematikan, menghilangkan nyawa: dia dituduh ~ kawannya; 2. memadamkan (api, tulisan, dll), menghapuskan (sesuatu), meluputkan: sebelum dapat dibunuh, api telah menjalar ke sekeliling rumah; ia ~ perkataan yg telah ditulisnya; Tuan Hess ~ maksud Encik Ramli; sikap begini akan ~ keyakinan diri anak-anak itu sendiri; 3. menutup (menampal) tempat yg bocor;terbunuh mati (akibat kemalangan, dibunuh, dsb);bunuhan 1. (orang dll) yg dibunuh; 2. bahagian lukah yg di belakang (di dalam sekali) tempat ikan tertangkap (terperangkap); pembunuhan perbuatan membunuh;pembunuh 1. orang yg membunuh; 2. alat atau sesuatu yg digunakan utk membunuh: ubat ~ serangga; ~ bersiri orang yg membunuh beberapa orang, seorang demi seorang dlm kejadian yg berurutan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.nuh] | بونوه

Definisi : ; berbunuh-bunuhan saling mencuba mematikan lawan: Kedua-dua hamba yg setia itu bertengkar dan akhirnya ~. membunuh melakukan sesuatu terhadap benda-benda yg bernyawa supaya mati; mematikan: Dua orang pemuda telah dikenakan hukuman gantung kerana ~ seorang polis. terbunuh tidak bernyawa lagi; mati kerana dibunuh: Beberapa orang pengganas telah ~ dlm pertempuran di sempadan. bunuhan seseorang atau sesuatu yg dibunuh. pembunuhan perbuatan atau hal membunuh: Orang yg melakukan ~ terhadap pegawai polis itu telah ditangkap dan dihukum. pembunuh 1 orang yg membunuh: Polis sedang mencari ~ perempuan muda itu. 2 alat atau sesuatu yg digunakan utk membunuh: ubat ~ kuman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bunuh

Peribahasa

Salah cencang memberi pampas,
     salah bunuh membangun.

Bermaksud :

Segala perbuatan jahat harus mendapat hukuman yang setimpal. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mencencang memampas, membunuh membangun, b. Merebut merampas, membunuh membangun, c. Salah bunuh memberi balas, salah cencang memberi pampas).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
filicide-suicidebunuh anak-bunuh diriKriminologiKeadilan JenayahJenayah yang dilakukan oleh ibu atau bapa atau kedua-duanya atau penjaga yang sah terhadap anak sebagai mangsa. Dalam jenayah ini, mangsa akan dibunuh terlebih dahulu sebelum pembunuh tersebut mengambil tindakan untuk membunuh dirinya sendiri. Kebiasaannya, jenayah ini disebabkan oleh faktor psikologi seperti kemurungan.
murder-cum-suicidebunuh lantas bunuh diriKriminologiKeadilan JenayahTindakan seseorang yang menyebabkan kematian terhadap orang lain yang menyalahi undang-undang, lantas orang tersebut membunuh dirinya sendiri.
murder victim concealmentpenyembunyian mangsa bunuhKriminologiKeadilan JenayahPerbuatan seseorang yang menyembunyikan mangsa bunuh bagi melupuskan bahan bukti dan mengelakkan liabiliti jenayah. Antara cara yang digunakan adalah dengan cara menyorokkan, menanam, membakar dan meletupkan mangsa.
infanticidebunuh bayiSosiologi KeluargaTiada-
patricidebunuh bapa sendiriKriminologiKeadilan JenayahJenayah kekerasan yang melibatkan pembunuhan oleh pelaku terhadap bapanya sendiri.
infanticidebunuh bayiKriminologiKeadilan JenayahPerbuatan yang menyebabkan kematian bayi di bawah usia 12 bulan.
suicidebunuh diriKriminologiKeadilan JenayahPerbuatan mengambil nyawa sendiri atau perbuatan menyebabkan kematian diri sendiri yang menyalahi undang-undang. Perbuatan ini berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor seperti tekanan psikologi, kemurungan dan pengaruh sosial.
matricidebunuh ibu sendiriKriminologiKeadilan JenayahJenayah kekerasan yang melibatkan pembunuhan oleh pelaku terhadap ibunya sendiri.
prison suicidebunuh diri di penjaraKriminologiKeadilan JenayahPerbuatan mengambil nyawa sendiri yang berlaku dalam tahanan di bawah kuasa perundangan semasa menjalani hukuman atau perbicaraan kerana kesalahan jenayah.
acquaintance murderbunuh kenalanKriminologiKeadilan JenayahJenayah kekerasan yang dilakukan oleh seseorang atau sekumpulan individu terhadap mangsa yang dikenali penyerang.
12

Kembali ke atas