Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.nyi] | بوڽي

Definisi : 1 sesuatu yg dpt didengar selain suara manusia: ~ enjin kapal terbang itu membingitkan telinga. 2 laras atau tingkatan nada alat bunyi-bunyian atau suara orang bernyanyi: Merdu sungguh ~ gesekan biolanya. 3 bacaan drpd yg tertulis: Tolong baca bagaimana ~ surat itu. 4 cara menyebut atau cara mengucapkan sesuatu; lafaz: Dlm bahasa Jepun, ~ n dan ng tidak berbeza. berbunyi 1 mengeluarkan bunyi: Bertepuk tangan sebelah, takkan ~. 2 mengandungi sesuatu (ttg isi surat dsb): Antara lain, surat itu ~ begini. membunyikan 1 melakukan sesuatu spt memetik biola dsb supaya berbunyi; menjadikan berbunyi: Apabila emaknya sakit kepala, ia tidak pernah ~ radio. 2 menyebut tulisan; melafazkan: Orang di Malaysia atau di Indonesia ~ huruf mengikut sistem ejaan baru. bunyi-bunyian alat spt seruling dll yg digunakan utk mengeluarkan bunyi yg berlagu; alat-alat muzik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bunyi

Puisi
 

Bunyi pungguk Kuala Sipitang,
     Pungguk tidak berbayang tinggi;
Jangan pula abang datang,
     Abang tidak bermalam sini.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Setengah bagai bunyi enggang,
     setengah bagai bunyi kuau.

Bermaksud :

Pendapat yang bermacam-macam.

 

Lihat selanjutnya...(38)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
metre footkaki matraKesusasteraanPuisiKelompok suku kata yang berfungsi untuk membentuk sama ada satu unit atau satu kesatuan matra sajak. Lazimnya dalam setiap unit sajak itu terdapat pola bunyi yang tetap, yang terdiri daripada bunyi-bunyi yang mendapat tekanan dan yang tidak mendapat tekanan. Pola bunyi ini mudah dikesan apabila sesebuah puisi itu dideklamasikan. Kalau ada sumur di ladang, Boleh saya menumpang mandi; Kalau ada umur panjang, Boleh kita berjumpa lagi.
voicing leadpendahulu suaraSains KesihatanTiadaMasa yang menunjukkan kehadiran bunyi pada bunyi plosif bersuara sebelum bunyi itu dilepaskan.
mimicrytiru bunyiKesusasteraanPuisiGaya penyair mengungkapkan perasaan bagi mencitrakan sesuatu, khususnya bunyi yang disebabkan oleh benda jatuh, pecah, bergeser, meletup atau bunyi daripada burung, alatan muzik dan sebagainya. Walau bagaimanapun bunyi yang dihasilkan dengan menggunakan wahana bahasa dalam sesebuah puisi itu hendaklah sama, lantaran terbatasnya keupayaan bahasa meniru sesuatu bunyi itu. A. Ghafar Ibrahim merupakan seorang penyair tanah air yang kerap meniru bunyi ini dalam puisi-puisinya terutama yang terkumpul dalam "Tak-tak-tun" dan "Tan Sri Bulan". Sinonim ajukan, onomatopia.
most comfortable loudnesslantang paling selesaSains KesihatanTiadaJulat keamatan bunyi, biasanya bunyi vokal, yang selesa didengar oleh seseorang pendengar.
heart soundbunyi jantungKejururawatanTiadaBunyi jantung normal lub-dub yang dapat didengar dengan bantuan stetoskop. Bunyi lub dihasilkan dengan penutupan injap mitral dan trikuspid, manakala bunyi dub dengan penutupan injap aorta dan pulmonari.
adaptationpenyesuaianSains KesihatanTiadaFenomena yang berlaku ke atas sistem auditori di mana bunyi yang bunyi yang boleh didengari menjadi tidak boleh didengari dalam masa tertentu.
reflectorpemantulTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikMedia yang mempunyai pelbagai jenis, bentuk dan saiz tertentu yang berfungsi memantulkan gelombang bunyi. Gelombang bunyi akan dipantul atau diserakkan apabila tiba pada sempadan media yang berlainan. Misalnya, pada sempadan antara udara dengan keluli, gelombang bunyi akan dipantulkan. Antara contoh pemantul dalam ujian ultrasonik termasuklah lompang udara, retakan dan sanga.
echo soundbunyi gemaSains KesihatanTiadaPengulangan bunyi yang terhasil apabila gelombang bunyi dipantulkan dari permukaan yang sesuai.
rangebanjaran; julatKesusasteraanTiadaJarak bunyi antara dua bunyi tanpa mengubah erti.
onomatopoeiaonomatopiaKesusasteraanTiadaPerkataan atau gabungan perkataan yang bunyinya meniru bunyi yang dideskripsikan. Contohnya, bunyi �hiss�, �buzz� dan �bang�. Contoh penggunaan onomatopia dalam puisi bertajuk �Come Down, O Maid� oleh Tennyson adalah seperti yang berikut: The moan of doves in immemorial elms, And murmuring of innumerable bees. Dalam contoh di atas, onomatopia ditampilkan melalui ulangan konsonan �m�. Bunyinya boleh bersifat lunak atau sebaliknya. Browning dalam sajaknya berjudul �Meeting at Night� memimikkan mukanya untuk menghasilkan bunyi yang menggangu ketenangan derianya. Contoh: A tap at the pane, the quick sharp scratch, And blue spurt of a lighted match Dalam contoh di atas, gangguan deria dicetuskan oleh perkataan yang terputus-putus dan bunyinya yang kasar. Dalam sastera Arab, bait-bait sajak Imru� al-Qays berbunyi: �mikarri mifarri, muqbilin mudbirin ma�an/ ka-julmudi sakhrin hattahu al-saylu min �ali�. Istilah onomatopia berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud �menamakan�.
12345678910...

Kembali ke atas