tungsten carbide bur | bur tungsten karbida | Pergigian | Tiada | Sejenis alat pengisar gigi yang diperbuat daripada wolferam karbida. Bur ini disambungkan pada hanpis. Bur ini berbilah dan boleh terdapat dalam berbagai bentuk seperti bulat, silinder dan kon. Kegunaan bur bergantung kepada bentuknya. Contohnya, bur tungsten karbida bulat digunakan dalam pembuangan struktur gigi berkaries dalam peringkat bebas karies. |
crosscut bur | bur kerat silang | Perubatan | Tiada | Bur pergigian yang mempunyai keratan silang bersudut tepat dengan keratan memanjangnya. Sinonim: bur dentat. |
flat fissure bur | bur fisur rata | Pergigian | Tiada | Sejenis alat pengisar gigi yang berbentuk silinder dan berbilah. Bilah bur fisur rata terdiri daripada dua jenis iaitu potongan silang dan potongan biasa. Bur ini mempunyai pelbagai saiz dan diperbuat daripada keluli nirkarat atau wolfram karbida serta dipasang pada hanpis dan digunakan bagi meratakan dinding kaviti. |
finishing bur | bur perapian | Pergigian | Tiada | Sejenis alat pengisar gigi yang digunakan untuk melicinkan permukaan gigi atau bahan restorasi. Bur ini boleh diperbuat daripada keluli, wolfram karbida atau batu putih dan terdiri daripada pelbagai bentuk seperti bulat, lidah api, pear dan rencong mengikut kesesuaian bentuk kawasan yang hendak dirapikan. Bur yang diperbuat daripada keluli atau wolfram karbida mempunyai bilah yang banyak dan halus. |
bur | bur | Perubatan | Tiada | 1. Bur: Alat pemotong gigi berputar, mempunyai bahagian memotong berbilang mata dan bentuk, dan dipasangkan ke handpis untuk digunakan. |
bullet bur | bur peluru | Perubatan | Tiada | Bur berbentuk peluru. |
diamond bur | bur intan | Perubatan | Tiada | Bur pergigian yang mengandungi serpihan berlian bermutu rendah. |
tungsten carbide bur | bur tungsten karbida | Perubatan | Tiada | Bur pergigian yang diperbuat daripada wolfram karbida. |
tapered fissure bur | bur fisur tirus | Perubatan | Tiada | Bur fisur yang meruncing ke hujung dan biasa digunakan dalam penyediaan gigi untuk inlai. |
plain-cut bur | bur potong biasa | Perubatan | Tiada | Bur yang potongan dimatanya tidak mempunyai potongan silang. |