Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sl kebun bunga, taman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bustan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
exordiumeksordiumKesusasteraanTiadaBahagian permulaan, pengenalan atau mukadimah dalam sesuatu teks. Eksordium merupakan bahagian yang penting dalam sesuatu teks kerana ia memberikan maklumat awal kepada pembaca tentang sejarah penulisan, tujuan, dan isi kandungan teks berkenaan. Bahagian eksordium diikuti dengan isi teks, dan diakhiri dengan bahagian kolofon. Biasanya, eksordium mengandungi keterangan atau maklumat tentang nama pengarang, asal-usul, tujuan, tempat serta tarikh teks ditulis. Terdapat juga eksordium yang mengandungi puji-pujian terhadap Tuhan atau sanjungan kepada tokoh tertentu. Eksordium terdapat dalam karangan prosa dan puisi. Contoh eksordium dalam kesusasteraan Melayu dapat dilihat dalam bahagian mukadimah teks seperti Taj al-Salatin dan Bustan al-Salatin. Lihat juga kolofon.
terasulterasulKesusasteraanTiadaKitab panduan untuk menulis surat kiraman Melayu. Kitab ini menyediakan prinsip asas seni surat-menyurat Melayu, khususnya surat rasmi istana. Kitab terasul dianggap sebagai esoterik kerana sifat kerahsiaannya. Terasul tidak disebarkan dalam kalangan orang awam. Terasul hanya digunakan oleh jurutulis di balai pustaka istana sebagai panduan menulis surat yang betul. Hampir setiap negeri memiliki kitab terasulnya sendiri. Contohnya, terasul Kedah, Terengganu, Palembang, Riau, dan Borneo. Salah satu contoh kitab terasul yang terawal ditulis pada abad ke-18 oleh jurutulis, Abd. Kadir ibn al-Khatib di Palembang. Contoh terasul yang mutakhir terdapat dalam kitab Bustan al-Katibin yang ditulis di Riau oleh Raja Ali Haji pada tahun 1857. Terasul juga merujuk kepada cara penggunaan, pengamalan, dan penurunan adat dalam situasi yang sebenar. Contohnya, penggunaan terasul dalam majlis perbincangan beradat seperti upacara pertunangan. Terasul dikenali juga sebagai teromba. Lihat juga teromba.

Kembali ke atas