Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buta;

Peribahasa

Buta baru celik (= melihat).

Bermaksud :

Angkuh dan sombong kerana beroleh kekayaan atau pangkat. (Peribahasa lain yang sama makna: Bungkuk [bongkok] baru betul).

 

Lihat selanjutnya...(25)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bebutabebutaPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi kayu Excoecaria spp. daripada famili Euphorbiaceae. Nama lain di semenanjung dan Sabah ialah buta-buta. Hanya satu spesies sahaja yang mencapai ukuran balak, iaitu Exoecaria agallocha. Gubal dan teras kayu ini biasanya berwarna ungu keputihan dan sukar dibezakan antara kedua-duanya. Tekstur kayunya agak halus dengan ira yang lurus. kayu bebatu mempunyai purata nilai ketumpatan keringan udara 560kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana berat. Kayu ini tidak mempunyai ketahanan semula jadi yang baik dan boleh digunakan untuk membuat alat permainan, perabot, kotak pembungkus, terompah dan juga arang.
blind studykajian butaMakanan dan PemakananPemakananKajian penyelidik yang tidak mengetahui kedudukan sebenar subjek yang diperiksa, sama ada subjek daripada kumpulan eksperimen atau kumpulan kawalan. Kajian buta terbahagi kepada dua, iaitu kajian buta tunggal dan kajian buta duaan. Kajian buta tunggal ialah kaedah kajian apabila subjek menerima rawatan yang hendak diuji, tetapi tidak mengetahui jenis rawatan tersebut. Walau bagaimanapun, pengkaji yang terlibat mengetahui jenis rawatan yang digunakan. Kajian buta duaan pula ialah kaedah kajian apabila kedua-dua penyelidik dan subjek kajian tidak mengetahui jenis rawatan yang diterima oleh subjek. Kaedah ini mengurangkan bias sama ada kepada subjek atau pengkaji, dan mendapat keputusan yang lebih dipercayai daripada kajian buta tunggal.
amaurosisamaurosisPerubatanTiadaButa, terutama sekali buta yang terjadi bukan akibat lesion yang nyata pada mata, saraf optik, retina, tulang belakang atau otak. Misalnya amaurosis uremia, iaitu buta yang diakibatkan oleh uremia.
homeoarctonpersamaan awal/hemeoarktonKesusasteraanTiadaPengulangan sebuah kata pada awal baris dalam sebuah puisi. Contoh: Yang buta datang berpimpin, Yang buta penghembus lesung, Yang capek datang bertongkat, Yang jauh tolak-tolakan, Yang kecil terambil lintang, Yang kurap mengekor angin, Yang kurap pemikul angin, Yang kurap penghalau ayam, Masing-masing dengan gunanya; Yang pekak leka bertanya, Yang pekak membakar meriam, Yang pekung penjemuran, Yang pendek tinjau-meninjau. [Hikayat Malim Deman, Fajar Bakti 1963 hlm. 12]
double-blind testujian buta duaanPerubatanTiadaKajian tentang kesan ubatan yang subjek dan pengkaji tidak mengetahui siapa yang menerima ubatan. Sinonim: ujian buta duaan.
double-blind studykajian buta duaanPerubatanTiadaKajian tentang kesan ubatan yang subjek dan pengkaji tidak mengetahui siapa yang menerima ubatan. Sinonim: ujian buta duaan.
literature for the blindpersuratan orang butaPentadbiran PerniagaanTiadaSegala jenis surat, kertas, majalah, buku dan sebagainya dalam tulisan Braille untuk orang buta.
ensembleensembelKesenianDrama dan TeaterKesatuan gerak dan gaya yang ditampilkan dalam lakonan yang sama peranan atau sama tara untuk menguatkan kesan dramatik. Contohnya, lakonan empat watak orang buta yang digayakan untuk menjelaskan gelagat orang buta.
blindbuta; bidai; palam kasar; tabir; langsirKomunikasi MassaTiadaTiada
blindbuta; bidai; palam kasar; tabirGeologiTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas