solid-state button | butang pegun | Teknologi Maklumat | Tiada | Butang yang tidak bergerak atau berubah kedudukan secara fizikal tetapi memberikan reaksi apabila permukaan butang tersebut disentuh atau ditekan. |
fomite transmission | penularan benda tercemar | Kesihatan Awam | Tiada | Penularan penyakit berjangkit melalui objek, seperti melalui butang lif, tombol pintu dan susur tangan. |
alencon lace | renda alenkon | Kesenian | Hiasan Dalaman | Renda buatan tangan yang dihasilkan menggunakan benang linen atau kapas sebagai lakaran sebelum lakaran itu digunting. Coraknya disudahkan dengan jahitan lubang butang atau pikot. Renda ini diperkenalkan sekitar tahun 1750 dan dihasilkan di Alencon, Perancis. |
control panel | panel kawalan | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Panel yang disambungkan berasingan dengan tiub sinar-X. Panel ini digunakan untuk mengawal parameter sinar-X seperti voltan elektrik, arus elektrik, dan masa dedahan. Parameter tersebut dikawal oleh kekunci dan dilengkapi dengan butang yang mempunyai ciri keselamatan. |