intergranular boundries | sempadan antara butiran | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Struktur logam yang terbina daripada butiran-butiran halus. |
nanosized grain | butiran bersaiz nano | Fizik | Nanoteknologi | Perihal utiran suatu bahan yang mempunyai saiz dalam julat nanometer. Contohnya, aloi Cu-Fe berstruktur nano mempunyai saiz butiran antara 20 nm - 70 nm dan bilangan butiran yang terbanyak adalah pada saiz 40 nanometer. Saiz butiran ini memainkan peranan yang penting dalam sifat mekanik, elektrik dan magnet sesuatu bahan. Aloi tersebut akan mengalami retakan atau patah, apabila dikenakan tekanan sehingga mencapai 2.8 GPa, iaitu lima kali lebih kuat daripada aloi yang sama yang mempunyai saiz butiran antara 50 mikrometer - 150 mikrometer. |
starch granule | granul kanji | Buluh | Tiada | Butiran kanji yang terdapat dalam sel parenkima yang menjadi sumber makanan tumbuhan. Butiran ini juga mungkin menjadi sumber makanan serangga perosak. Sinonim butiran kanji. |
porous bead | butiran berliang | Kimia | Kimia Analisis | Bahan berbentuk butiran yang dipenuhi liang, yang berkeupayaan menjerap cecair atau gas. Bahan ini digunakan sebagai penyokong dalam turus kromatografi. |
pellet | pelet | Perikanan | Akuakultur | Bentuk makanan rumusan yang diperoleh selepas campuran beberapa jenis bahan ramuan atau serbuk yang diasak dan dipaksa keluar melalui acuan khas menjadi butiran bersaiz kecil. Saiz butiran boleh diubah mengikut saiz acuan berdasarkan pada kesesuaian peringkat umur ternakan yang memakannya. |
reality effect | kesan realiti | Kesusasteraan | Tiada | Butiran dunia realiti yang tidak berfungsi untuk mengembangkan plot sesuatu cerita tetapi merupakan dariapda realiti yang dipaparkan. Butiran ini dianggap penanda untuk mengesahkan kesahihan realiti tersebut. Kesan realiti berkaitan dengan aliran realisme yang muncul sebagai respons kepada aliran romantisisme yang mengatakan bahawa penulis sastera harus menggambarkan kehidupan yang ideal. Penulis kesan realiti gemar memilih objek biasa, tetapi melalui teknik penceritaan, objek itu digambarkan secara terperinci untuk melahirkan kesan realiti yang menarik perhatian pembaca. Contohnya, novel Mereka yang Tertewas oleh Hasanuddin Md. Isa (1993). Novel ini menggambarkan secara terperinci keadaan Kampung Bukit Setugal untuk melahirkan kesan realiti seperti yang berikut: �...sebatang sungai mengalir, di puncak Bukit Setugal ia berpunca. Sungai itu membelah tanah-tanah sawah yang terbentang sesayup mata memandang. Aur-aur yang menumpang berdiri di tepi-tepi tebing sungai itu meliuk-liuk dedaunnya bergeseran setelah ditiup angin. Sungai Cheneor yang secara tidak rasmi dinamakan oleh peneroka awal Bukit Setugal, setiap hari sejak wujudnya, ia tetap matang, waras dan dewasa dengan pengalamannya. Airnya yang deras tetap menghanyutkan sampah-sarap, membiakkan anak-anak baung, temalian, kenerap, patin, jelawat, sengiring, tilan, kelah, tapak belida dan puluhan jenis ikan-ikan lagi.� Kutipan petikan novel di atas sarat dengan butiran dunia kampung sehingga menjadikan gambarannya hidup dan meyakinkan. |
Hall-Petch equation | persamaan Hall-Petch | Fizik | Nanoteknologi | Persamaan yang mengaitkan kekuatan ?y dengan saiz butiran d dan diungkap sebagai: ? y = ?0 + kyd-(1/2) dengan ?0 ialah tegasan geseran yang menentang pergerakan kehelan dan ky ialah pemalar. Contohnya, bahan pukal yang terdiri daripada butiran bersaiz 50 nm mempunyai kekuatan alah 4.14 GPa. Peningkatan nilai kekuatan alah ini adalah disebabkan pertambahan sempadan butiran yang menghalang pergerakan kehelan. |
graded bedding | perlapisan berperingkat | Sains Marin | Tiada | Perlapisan endapan yang setiap lapisannya menunjukkan perubahan saiz terarah yang progresif dan beransur-ansur daripada butiran kasar di bahagian dasar kepada butiran halus di bahagian atasnya. Kebiasaannya, lapisan ini melambangkan sekitaran endapan, iaitu pengurangan dalam pengangkutan tenaganya seiring dengan peredaran masa yang terhasil ketika aktiviti endapan atau proses pemendapan yang tinggi. |
pellicular type of packing | padatan jenis pelikular | Kimia | Kimia Analisis | Padatan butiran polimer berliang di dalam turus kromatografi yang berfungsi sebagai penyokong dan disaluti cecair tak meruap sebagai fasa pegun. Contoh penyokong yang digunakan ialah tanah liat yang telah dihancurkan dan dikalsinkan pada suhu tinggi, butiran kaca dan teflon. |
starch grain | butiran kanji | Buluh | Tiada | Lihat granul kanji. |