fun-filled adventure | cabaran penuh hiburan | Pelancongan | Tiada | Aktiviti pelancongan berasaskan cabaran untuk memenuhi kepuasan pelancong, seperti menaiki roller- coaster. |
gamification | gamifikasi | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Penerapan unsur permainan ke dalam kaedah pembelajaran seperti peraturan, pemarkahan, persaingan, cabaran dan keseronokan bagi menggalakkan penglibatan pelajar. |
compromised health coping | pengendalian kesihatan kompromi | Kejururawatan | Tiada | Penyesuaian kesihatan yang dilakukan akibat kekurangan sokongan kesihatan untuk menangani cabaran kesihatan. |
symbol | lambang | Kesusasteraan | Puisi | Perkataan atau ungkapan yang membawa maksud lain daripada yang tertulis. Contohnya, gunung melambangkan cita-cita besar dan tinggi, ombak melambangkan cabaran atau dugaan hidup dan sebagainya. Sinonim simbol. |
figurative language | bahasa kiasan | Kesusasteraan | Puisi | Bahasa yang digunakan oleh penyair untuk mengemukakan sesuatu perasaan dan pemikiran secara bandingan atau secara tidak langsung. Contohnya, 'ombak kehidupan' untuk menggambarkan kehidupan yang penuh dugaan dan cabaran. |
political will | kemahuan politik | Sains Politik | Politik Perbandingan | Semangat perjuangan yang kental bagi merealisasikan sesuatu cita-cita politik. Kesungguhan politik ini terbentuk apabila individu atau sesebuah organisasi bergerak sepenuh masa, tenaga dan ikhtiar untuk mencapai cita-cita politiknya. Walaupun ia mungkin menghadapi rintangan, sekatan, kesusahan atau cabaran, namun perjuangan yang berterusan tanpa takut dan putus asa telah menunjukkan kesungguhan politik yang kuat. Kesungguhan ini semata-mata kerana matlamat idealisme politiknya dan bukan kerana kepentingan peribadi, keuntungan ekonomi atau jawatan. Contohnya, Mahatma Gandhi memiliki kesungguhan politik yang tulen semasa berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan India dan setelah berjaya, beliau tidak mahu menjadi perdana menteri. Sinonim kesungguhan politik. |
Sharable Content Object Reference Model (SCORM) | Model Rujukan Kandungan Objek Boleh Kongsi (SCORM) | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Suatu koleksi spesifikasi dan piawaian bagi teknologi e-pembelajaran yang menggariskan kaedah tertentu bagi mempakejkan kandungan (objek pembelajaran) kursus dan pertukaran data masa larian oleh sistem pengurusan pembelajaran (LMS). SCORM bertujuan untuk mengatasi cabaran saling kendali, guna semula dan daya tahan antara LMS. |
liberalism | liberalisme | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pemikiran yang menekankan kebebasan individu, persaingan yang terbuka dan pasaran bebas dengan campur tangan yang minimum daripada pihak pemerintah. Idea ini telah menjadi asas kepada sistem ekonomi kapitalisme. Dalam proses persaingan politik, asas kebebasan ini berkembang dalam falsafah politik yang berpegang kepada nilai rasional dan keterbukaan. Pemikiran ini tidak menghalang sebarang cabaran, penentangan secara sihat dan kritikan orang ramai terhadap pemerintah. Dalam amalan harian, liberalisme ditonjolkan melalui pergerakan NGO, gerakan aktivis sosial, kehadiran pembangkang dan kebebasan media. Dengan itu, liberalisme cenderung melahirkan kerajaan yang bertukar ganti. |