Definisi : corak atau gambar yg dilukis pd kulit badan dgn cara melukai atau mencucukcucuknya dgn benda tajam dan diwarnai, tatu: tubuhnya dipenuhi dgn ~ bunga terung; bercacah bergambar pd kulit dgn mencucuk atau melukakan kulit dgn benda yg tajam dan mewarnainya; mencacah 1. mencucuk-cucuk kulit dgn jarum atau benda yg tajam; 2. membuat gambar pd kulit dgn mencucuk atau melukakannya dgn benda tajam dan diwarnai; 3. menyuntik; 4. ki menggarap sesuatu dgn cara menyelidik dan menganalisis secara mendalam: persoalan itu dicacah secara cermat dan dgn penuh keilmuan; pencacahan perihal (perbuatan) mencacah: ~ pengalaman melalui manipulasi matematik; pencacah 1. orang yg mencacah; 2. alat (jarum dsb) utk mencacah: jarum ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)