blemish | cacat rupa | Perhutanan | Tiada | Cacat yang mengubah rupa kayu tetapi tidak mengurangi mutunya. Misalnya, bintik-bintik biru pada papan gergaji. |
Frenkel defect | cacat Frenkel | Fizik | Nanoteknologi | Keadaan cacat dalam hablur yang terdiri daripada kekosongan dan interstis apabila atom atau ion meninggalkan subkekisi dan menghuni pada kedudukan interstis. Contohnya, gambar rajah skematik dua dimensi pada struktur kekisi natrium klorida, ion Na meninggalkan subkekisi dan membentuk interstis. |
defect deduction | pembuangan cacat | Perhutanan | Tiada | Penolakan bahagian cacat daripada kiraan isi padu kasar kayu bagi mendapatkan isi padu kayu baik yang sebenar semasa penyukatan balak. |
defect | cacat | Perhutanan | Tiada | Keganjilan dan/atau kekurangan pada pokok, balak, kayu gergaji atau hasil kayu lain yang boleh mengurangkan isi padu kayu yang boleh digunakan dan menjadikan kurang tahan, kurang kuat dan kurang bermutu. Cacat boleh terjadi secara semula jadi akibat agen perosak, atau semasa pengeringan dan pemprosesan. |
grinning | cacat grin | Kesenian | Hiasan Dalaman | Bahagian belakang permaidani yang kelihatan pada permukaan hadapan, kesan daripada pail yang tertanggal. Keadaan ini berlaku disebabkan kesan daripada pail yang rendah, kesilapan mesin pail, pesongan barisan pail atau kembang benang bulu yang tidak mencukupi atau berpunca daripada kerja-kerja pemasangan pada sudut yang tajam. |
disfigurement | cacat bentuk | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
roll mark | cacat guling | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Kecacatan pada gelungan logam akibat serpihan logam yang terlekat pada pengguling. |
tragic flaw | cacat tragedi | Kesusasteraan | Tiada | Lihat hamartia. |
postlingually hearing impaired | cacat pendengaran pascatutur. | Sains Kesihatan | Tiada | Kerosakan kepekaan terhadap pendengaran yang berlaku selepas seseorang itu mempunyai keupayaan bertutur. |
prelingually hearing impaired | cacat pendengaran pratutur | Sains Kesihatan | Tiada | Kerosakan kepekaan terhadap pendengaran yang berlaku sebelum seseorang itu mempunyai keupayaan bertutur. |