development proposal report | laporan cadangan pernajuan (LCP) | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Dokumen perancangan yang mengandungi keterangan tentang keadaan fizikal semasa dan cadangan-cadangan terhadap sesuatu kawasan yang hendak dimajukan. Dokumen ini merupakan satu keperluan yang digunakan untuk memohon kebenaran merancang. |
intended use | kegunaan cadangan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Cadangan penggunaan yang disyorkan bagi suatu produk. |
alternative proposal | cadangan alternatif | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Cadangan perancangan yang dihasilkan sebagai pilihan kepada perancangan yang sedia ada. |
bank reserve | cadangan bank | Ekonomi | Tiada | Lihat rizab bank. |
articulation | artikulasi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Proses melahirkan idea, pendapat, cadangan dan sebagainya dalam sebuah masyarakat. Dalam sistem demokrasi, penyuaraan ini tidak disekat malah digalakkan untuk menjelaskan sesuatu ideologi, fahaman dan budaya. Daripada penyuaraan, inilah akan lahir tuntutan, kepentingan kelas tertentu dan penonjolan sesuatu aliran pemikiran yang dilaksanakan untuk mendapatkan perhatian kerajaan. Artikulasi pada mulanya merupakan tindakan kelas atasan yang menguasai faktor pengeluaran untuk mendominasi kelas bawahan bukan sahaja melalui kawalan undang-undang, tetapi juga kawalan nilai dan prinsip-prinsip kehidupan yang diamalkan oleh kelas tersebut. Melalui proses ini, kelas atasan dapat menguasai kelas bawahan secara fizikal dan intelektual. Konsep ini mula dikembangkan oleh Antonio Gramsei (1891-1937) dalam kajian beliau berhubung dengan proses artikulasi pemikiran kapitalis. Sinonim penyuaraan. |
interest aggregation | agregasi kepentingan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pengumpulan idea, cadangan, tuntutan atau kehendak masyarakat untuk diajukan kepada pihak berkuasa secara berkelompok. Pengumpulan ini boleh dilakukan oleh golongan pendesak media ataupun parti politik bagi memastikan suara mereka mendapat perhatian. Pengumpulan suara ini akan menjadi input kepada proses penggubalan keputusan atau dasar oleh kerajaan. Sistem pemerintahan demokrasi menggalakkan penyuaraan dan desakan seperti ini dilakukan memandangkan ia mewakili kepentingan orang ramai. Sinonim pengumpulan kepentingan. |
concept plan | pelan konsep | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Lakaran yang menunjukkan cadangan zon pembangunan secara umum meliputi guna tanah dan sistem sirkulasi. |
constructive criticism | kritikan membina | Umum | Tiada | Kritikan untuk membantu seseorang dengan cara memberikan cadangan khusus dan tindakan yang berkesan bagi penambahbaikan yang positif. Kritikan ini lebih jelas, tepat sasaran dan mudah untuk dilaksanakan. |
site visit | lawatan tapak | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Tinjauan ke sesuatu tapak untuk cadangan pembangunan atau untuk tujuan penguatkuasaan bagi melihat keadaan sebenar tapak. |
feasibility study | kajian kemungkinan | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Kajian awal ke atas sesuatu cadangan pembangunan, sebelum perancangan terperinci atau pembangunan dilaksanakan. |