sputum sample | sampel kahak | Kesihatan Awam | Tiada | Cairan pekat yang dikeluarkan daripada saluran pernafasan semasa batuk, yang digunakan sebagai bahan uji untuk mengesan virus penyebab penyakit. Cairan pekat bukan air liur ini biasanya dikumpulkan pada waktu pagi dan kadangkala tiga sampel perlu dikumpulkan secara berturut-turut bergantung pada jenis jangkitan. |
semen fluid | cairan semen | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Lihat semen. |
swab sample | sampel swab | Kesihatan Awam | Tiada | Cairan tubuh yang diambil melalui kaedah kesatan di dalam tekak atau hidung, yang digunakan sebagai bahan uji untuk mengesan virus penyebab penyakit. |
latex | lateks | Herba | Tiada | Cecair putih atau cairan susu yang terdapat pada sesetengah tumbuhan. Lateks biasanya diperoleh melalui torehan pada bahagian tertentu pokok. Contoh lateks seperti susu getah yang diperoleh daripada batang pokok getah (Hevea brasilensis) untuk kegunaan industri getah dan getah candu daripada kapsul pokok candu (Papaver somniferum) untuk kegunaan farmaseutikal. |
sharp edge | pinggir tajam | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Kesan akibat cairan logam yang terkeluar daripada lapisan kepingan logam yang dikimpal. |
genome plasticity | keliutan genom | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Keupayaan meliut semula jadi dalam genom prokariot yang membenarkan pertukaran cairan DNA dari satu organisma ke organisma yang lain. Keliutan genom membenarkan prokariot mengadaptasikan genom mereka dengan pantas bagi membolehkan mereka bermandiri dengan perubahan persekitaran. |
alimentation | alimentasi | Geologi | Tiada | 1. Proses menyediakan atau mengambil makanan. 2. Pertambahan kasar jatuhan salji, avalanche salji dan ais, dan juga air cairan yang beku semula di dalam zon penimbunan sesebuah glasier. Glasier tersebut akan mara, undur atau kekal setempat bergantung kepada sama ada alimentasi adalah lebih besar, lebih kecil atau seimbang dengan proses ablasi. |
suction-throttling valve | injap pendikitan sedutan | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Injap yang terletak di antara penyejat dengan salur masuk pemampat dalam sistem penyaman udara, yang mengawal suhu aliran udara daripada penyejat, untuk menghalang cairan membeku pada penyejat. |
semen | semen | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Cecair keputihan yang dihasilkan dari trakus pembiakan jantan. Semen mengandungi spermatozoa yang terampai dalam rembesan kelenjar aksesori haiwan jantan yang terdiri daripada kelenjar vesikel seminal, prostat dan bulbouretra. Sinonim cairan semen. |
interoceptor | interoseptor | Sains Sukan | Biomekanik | Jenis reseptor yang sensitif terhadap rangsangan sensori yang diterima daripada dalam tubuh. Contoh interoseptor ialah kemoreseptor (reseptor yang menerima rangsangan yang berupa rangsangan zat kimia), berfungsi untuk memantau pH, kadar gula dan kadar kalsium dalam cairan tubuh. |