caklempong pacik | caklempong pacik | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Alat muzik ini berasal dari Asia Tenggara yang terdiri daripada set lima biji gong kecil berbusut. Gong kecil ini ditiunkan dalam sistem tiunan lima pic yang tidak diselaraskan. Alat muzik ini dipegang dengan tangan oleh dua hingga tiga orang pemain dan dipukul sccara bertingkah-tingkah dengan pemukul yang berbalut. Alat ini dimainkan dalam frasa melodi yang berulang-ulang. Alat muzik ini dimainkan dalam ensembel teater randai di Sumatera Barat dan di Negeri Sembilan. Caklempong pacik dikenali sebagai gong chime. |
gong chime | gong chime | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Alat muzik ini berasal dari Asia Tenggara. Gong chime terdiri daripada beberapa buah gong kecil berbusut yang ditiunkan dalam skel pentatonik atau skel tertentu. Set gong kecil ini diletakkan secara mendatar di dalam rak kayu dan dipukul pada bahagian busut dengan menggunakan sepasang pemukul kayu. Lihat juga caklempong, canang, engkerumong, kulintangan, mong. |
randai | randai | Muzik | Tiada | Dramatari rakyat dalam masyarakat Minangkabau yang terdiri daripada gerak tari, nyanyian, muzik instrumental, penceritaan dan lakonan. Tariannya berdasarkan gerakan pencak silat dan ditarikan dalam bentuk bulatan. Ensembel muzik yang mengiringi randai ialah caklempong pacik, katindiek, adok, serunai dan pupuik gadang. Randai dipersembahkan dalam upacara adat dan hiburan serta masih popular di Sumatera Barat, Riau dan Malaysia. |
pupuik | pupuik | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai aerofon jenis paip yang berid. Pupuik terdiri daripada paip yang mempunyai empat lubang jari dan sekeping rid yang terkandung di dalam paip tersebut. Pada hujung paip alat muzik ini dipasang sehelai daun kelapa yang digulung dalam bentuk kon yang dikenali sebagai pupuik gadang manakala dalam bentuk kon tanduk kerbau, dikenali sebagai pupuik tanduk. Bahagian kon tersebut berfungsi sebagai alat bergaung untuk menguatkan bunyi. Alat muzik yang ditiup pada pangkal ini menghasilkan melodi dalam ensembel caklempong. Pupuik yang terdapat di Sumatera, Indonesia dan di Negeri Sembilan, Malaysia, dimainkan oleh suku kaum Minangkabau. |
sarune | sarune | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai aerofon jenis paip dengan pelidah. Sarune diperbuat daripada buluh yang agak pendek dengan empat lubang jari. Alat muzik ini terdiri daripada dua bahagian, iaitu buluh kecil pendek dan buluh besar. Buluh kecil pendek mempunyai sekeping pelidah yang dipotong daripada permukaan buluh kecil pada sisinya. Batang padi juga boleh digunakan untuk menggantikan buluh pendek tersebut. Buluh kecil dengan pelidah kemudiannya dimasukkan ke dalam buluh yang lebih besar dan ditiup pada pangkalnya untuk menghasilkan melodi. Kadangkala dua sarune dipasang secara berkembar untuk menguatkan bunyi. Sarune berkembar ini dimainkan oleh seorang pemain sahaja. Alat muzik ini menghasilkan melodi dalam ensembel caklempong oleh suku kaum Minangkabau di Sumatera, Indonesia dan di Negeri Sembilan, Malaysia. |
tingkah | tingkah | Muzik | Tiada | Lihat caklempong. |
gendang | gendang | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon. Gendang ialah dram berbentuk tong cembung dan mempunyai dua permukaan kulit yang dipasang pada baluh dengan menggunakan tali rotan. Permukaan kulit ditiunkan dengan menegangkan tali rotan. Pemain meletakkan gendang di atas riba secara melintang dan kedua-dua permukaan kulit dipukul dengan tangan untuk menghasilkan rentak bertingkah. Gendang terdapat dalam dua saiz, iaitu gendang anak bersaiz kecil dan gendang ibu bersaiz besar. Gendang dimainkan dalam pelbagai ensembel, termasuklah wayang kulit, makyong, tarinai, joget gamelan, gendang silat, dan caklempong di Malaysia serta ensembel gamelan di Indonesia. Gendang dikenali juga sebagai klong khaek di Thailand dan kendhang di Indonesia. |
ci waing | ci waing | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Alat muzik ini terdiri daripada 21 biji gong kecil berbusut yang diperbuat daripada gangsa atau tembaga. Set gong ini diletakkan secara mendatar di dalam rak kayu berbentuk bulatan. Pemain duduk di tengah pusat bulatan dan memukul pada bahagian busut gong dengan menggunakan sepasang kayu atau pemukul kayu berbalut. Ci waing dimainkan dalam ensembel untuk mengiringi tarian, wayang patung dan pelbagai jenis wayang lain di Myanmar. Ci waing juga merupakan nama ensembel yang mcnggunakan alat muzik ini. Alat muzik ci waing bukan sahaja terdapat di Myanmar tetapi juga di seluruh Asia Tenggara. Sinonim saing waing. Lihat juga gong chime, caklempong, kulintangan, engkerumong. |