Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.lar] | چالر

Definisi : garis bekas kena sesuatu yg tajam (spt cakar, jarum, duri, dll); bercalar mempunyai calar, bergaris, ber­gores: Yusof balik ke rumah dgn mukanya yg ~; mencalarkan membuat calar (pd sesuatu), menggoreskan; tercalar 1. tergaris, tergores; 2. ki menjadi rosak, menjadi tidak baik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.lar] | چالر

Definisi : garis bekas kena sesuatu yg tajam (spt cakar, duri): ~-balar calar yg banyak; penuh dgn calar. bercalar ada calar (pd kulit dll); bergaris. mencalar membuat calar pd sesuatu; menjadikan sesuatu bercalar. mencalarkan menggunakan sesuatu utk membuat calar; menggores­kan. tercalar 1 tergaris. 2 ki sudah menjadi tidak baik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata calar


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
micromercurycalar kilauKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaKecacatan berupa calar halus yang berkilau pada panel logam yang terjadi semasa proses pembentukan.
scratchcalarNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanTanda goresan pada atas permukaan yang berpunca daripada objek tajam atau runcing. Ujian calar dilakukan untuk menentukan rintangan terhadap lelasan dan kehausan bahan.
slip markcalaranKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaKecacatan berupa calar akibat pengguling yang ditekan secara berlebihan dalam satu arah.
surfacerpenyahcalarKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaAlat untuk memperbaik kesan calar untuk mengelakkan karat.
nanoindenternanopelekukNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanAlat untuk menguji sifat mekanik sampel. Terdapat beberapa jenis nanopelekuk seperti pelekuk kon, pelekuk kon keras tegar dan pelekuk Vickers. Pelekuk ini sesuai untuk ujian calar, ujian kehausan, pengimejan dan aplikasi sistem mikro-elektromekanik.
film cassetteskaset filemTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikSarung berbentuk plastik yang digunakan untuk memasukkan filem radiografi ke dalamnya. Sarung ini berfungsi untuk melindungi filem daripada dedahan cahaya dan sebarang kerosakan seperti calar dan habuk semasa kerja-kerja radiografi.

Kembali ke atas