Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.lit] | چاليت

Definisi : 1. tanda seperti cat (kapur dan lain-lain) yang telah disapukan atau dipalitkan sedikit, palit; 2. bp tanda berbentuk V pada pakaian seragam anggota polis atau tentera yang menunjukkan pangkat (hingga ke taraf sarjan sahaja): dengan satu calit di lengan, saya mula berasa selesa memakai pakaian seragam; calit api mancis api, gores api; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.lit] | چاليت

Definisi : I kotoran yg sedikit yg melekat pd sesuatu. bercalit kotor kerana kena calit sesuatu spt lumpur, dakwat dll; berpalit. mencalit mengotorkan sedikit dgn sesuatu; memalit: ~ kereta dgn lumpur. mencalitkan memalitkan sesuatu pd; mencolekkan: Budak nakal itu telah ~ lumpur pd keretanya. calitan sesuatu (spt darah, selut) yg sangat sedikit (yg dipalitkan atau yg diambil dgn mencalit): ~ darah itu diuji utk menentukan jenis kuman yg terdapat di dalamnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ca.lit] | چاليت

Definisi : ; ~ api mancis; korek api; gores api. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata calit


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
swabberjurucalit; alat calitKesihatan AwamTiada1. Jurucalit: Individu yang mengambil sampel tisu atau rembesan dari tekak atau hidung untuk digunakan sebagai bahan uji bagi mengesan virus penyebab penyakit. 2. Alat calit: Alat yang digunakan untuk mengambil sampel tisu atau rembesan di dalam tekak atau hidung yang dijadikan sebagai bahan uji bagi mengesan virus penyebab penyakit.
swabcalitKesihatan AwamTiadaSatu kaedah mengambil sampel tisu atau rembesan dari tekak atau hidung seseorang untuk digunakan sebagai bahan uji bagi mengesan virus penyebab penyakit.
swabcalitKesihatan AwamTiadaSatu kaedah mengambil sampel tisu atau rembesan dari tekak atau hidung seseorang untuk digunakan sebagai bahan uji bagi mengesan virus penyebab penyakit.

Kembali ke atas