idle mixture | campuran melahu | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Campuran udara-bahan api yang dibekalkan ke enjin semasa dalam keadaan melahu. Campuran ini lebih daripada campuran operasi normal dan juga campuran stokiometrik. |
rich mixture | campuran lebih | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Campuran yang mengandungi udara yang kurang berbanding kandungan udara dalam nisbah stoikiometri. Campuran ini Biasanya terdiri daripada udara dan bahan api dengan nisbah tertentu. Contohnya, nisbah stoikiometri untuk udara-petrol ialah 14.7:1 dan nilai yang lebih kecil daripada 14.7 ini menghasilkan campuran lebih. Banding campuran kurang. |
lean mixture/poor mixture | campuran kurang | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Campuran yang mengandungi udara yang lebih berbanding kandungan udara dalam nisbah stoikiometri. Campuran ini biasanya terdiri daripada udara dan bahan api dengan nisbah tertentu. Contohnya, nisbah stoikiometri untuk udara-petrol ialah 14.7:1 dan nilai yang lebih besar daripada 14.7 ini menghasilkan campuran kurang. Banding campuran lebih. |
herbal mixture | campuran herba | Herba | Pemiawaian | Bahan yang mengandungi dua jenis herba atau lebih. Campuran herba biasanya berbentuk serbuk atau potongan kecil daun, batang atau akar herba yang kering seperti campuran kacip fatimah (Marantodes pumilum) dengan manjakani (Quercus infectoria) untuk rawatan selepas bersalin. Campuran herba ini direbus atau diekstrak dengan air untuk dijadikan tonik. |
stratified charge | cas perebak | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Jenis pembakaran yang mengandungi amaun kecil campuran udara-bahan api yang lebih berdekatan dengan palam pencucuh, manakala kawasan yang jauh dari palam pencucuh mempunyai campuran kurang. Oleh itu, bahagian campuran lebih, dinyalakan terlebih dahulu dan kemudian merebak ke kawasan campuran kurang. Proses ini menyebabkan campuran udara-bahan api boleh dibakar walaupun campuran bahan api keseluruhannya terlampau kurang. Proses ini juga menyebabkan enjin menghasilkan suhu pembakaran yang rendah, kos bahan api lebih jimat dan mengurangkan bahan pencemar dalam gas ekzos. |
blended fuel | bahan api campuran | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Bahan api yang dihasilkan daripada campuran dua bahan api berlainan sumber. Contohnya, bahan api biodiesel yang merupakan campuran bahan api diesel daripada sumber petroleum dengan minyak sayuran seperti kelapa sawit pada nisbah tertentu. |
mixed economy | ekonomi campuran | Ekonomi | Tiada | Sistem ekonomi yang sebahagian peruntukan sumbernya dikawal oleh sektor swasta, dan sebahagian lagi oleh sektor awam. Ini bererti sistem ini menggabungkan unsur-unsur sistem ekonomi kapitalis dan sistem ekonomi sosiolis. Sinonim sistem campuran, sistem ekonomi campuran. |
additive | aditif | Herba | Pemiawaian | Bahan tambahan yang dimasukkan ke dalam sesuatu bahan atau campuran bahan lain dengan tujuan tertentu seperti untuk memberikan warna, menambahkan perisa atau memperbaiki sifat campuran tersebut. Contohnya, asid asetik yang ditambah sebanyak 1% dalam campuran minuman herba untuk memecahkan komponen gula bagi menghasilkan asid fenolik ringkas agar mudah diserap dalam usus. |
idle mixture | campuran melahu | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Campuran udara-bahan api yang dibekalkan ke dalam kebuk pembakaran semasa enjin melahu. |
lean mixture | campuran kurang | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Campuran udara-bahan api yang mempunyai nisbah isi padu udara yang lebih banyak berbanding dengan isi padu bahan api. |