clay brick | bata tanah liat | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Tanah berlumpur yang dibakar atau dibiarkan mengeras di bawah cahaya matahari. Bata tanah liat digunakan untuk membuat rumah, kota, candi dan arca. Penggunaannya amat meluas pada zaman protosejarah sehingga zaman sejarah. Bata tanah liat yang digunakan untuk membuat candi akan dibentuk mengikut kehendak pembuat sama ada persegi empat, berteres atau miring pada satu sisi. Pada zaman Jawa Timur iaitu selepas abad 10M, candi dibina menggunakan bata tanah liat. Contohnya, batu tanah liat yang digunakan untuk membina candi Tapak 19, 21 dan 22 di Lembah Bujang (Kedah).. |
balustrade | pelepar | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Pagar yang diperbuat daripada batu. Ruang di antara pagar dengan bangunan keagamaan (candi) digunakan sebagai laluan untuk mengelilingi bangunan tersebut. Bahagian dinding pelepar dihiasi dengan relief keagamaan. Contohnya, Candi Borobudur (Pulau Jawa) pelepar dihiasi degan kisah seperti Yadawyhuha dan Awadana. Sinonim langkan. |
chala | chala | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Sejenis arca merujuk kepada acara keagamaan, pelengkap bangunan candi, pengiring dan lingga. Arca ini diperbuat daripada batu bersaiz kecil melalui proses pahatan atau terakota dan dapat dipindahkan dari satu tempat ke tempat lain. Chala berasal daripada bahasa Sanskrit. Contoh, arca Buddha duduk yang ditemui di candi Tapak 21 dan 22, Pangkalan Bujang, Kedah. |
achala | achala | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Sejenis arca yang merujuk kepada keagamaan, pelengkap candi, pengiring dan lingga. Arca ini diperbuat daripada batu bersaiz besar serta tidak dapat dipindahkan dari satu tempat ke tempat lain. Arca ini dihasilkan melalui proses pahatan. Achala berasal daripada bahasa Sanskrit. Contoh achala ialah arca dwarapala yang dijumpai di Tapak 4, Lembah Bujang. |
religious site | tapak keagamaan | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Tapak yang digunakan untuk tujuan keagamaan seperti candi dan masjid. Bukti kegunaannya diperoleh melalui peninggalan data artifak seperti seni arca keagamaan dan fitur. Di Malaysia, tapak ini wujud pada Zaman Peotosejarah dan Zaman Sejarah di Lembah Bujang (Kedah), Bongkissam (Sarawak), Kuala Berang (Terengganu) dan Kampung Laut (Kelantan). |
inscription | prasasti | Kesusasteraan | Tiada | Tulisan yang diukir di atas permukaan yang keras seperti batu, tanduk, dan gading. Contohnya, tulisan pada batu bersurat atau tulisan yang terdapat pada batu nisan, candi, tonggak bumi, dan menara. Prasasti diamalkan sebelum kertas digunakan sebagai bahan tulisan. Dalam budaya Melayu, prasasti biasanya menggunakan tulisan Pallara dalam bahasa Melayu kuno. Salah satu prasasti sastera yang diukir di atas tembaga ditemui dalam Hikayat Singa Menteri. |
cruciform | bentuk salib | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Struktur bangunan yang mempunyai pelan tapak berbentuk palang bersilang seperti salib. Umumnya bentuk ini dapat dilihat pada peninggalan fitur. Contoh peninggalan struktur berbentuk salib seperti candi Tapak 21 di Lembah Bujang, Kedah yang mempunyai tambahan pecahan sudut terkeluar daripada keempat-empat sisinya. |
foundation deposit | peripih | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Barangan yang ditempatkan di dalam bekas khusus yang diperbuat daripada batu granit, tembaga atau tanah liat. Bekas ini ditanam di bahagian tengah vimana yang terdapat pada candi. Tempat peletakannya dikenali sebagai perigi. Bekas penyimpanan barangan ini dinamakan relikuari atau cepu batu, manakala barangannya pula dikenali sebagai peripih. Peripih berupa kepingan emas, perak atau batu berharga. Tujuannya sebagai pelindung dan menghidupkan fungsi sesebuah bangunan ibadat. Sinonim barangan tapak asas. |
architecture heritage | warisan seni bina | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Kemajuan teknologi, ketinggian nilai seni dan corak budaya kehidupan yang berasaskan kepada tinggalan seni bina. Warisan seni bina antaranya berperanan sebagai tempat peribadatan, pemerintahan, istana dan kota pertahanan. Contohnya, Candi Lembah Bujang dan Kota Kuala Kedah di Kedah. Pembangunan dan ketamadunan sesebuah negara perlu berpandukan warisan silam bagi menjamin kesinambungan budaya diwarisi dari satu generasi ke generasi seterusnya. |
makara | makara | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Gabungan tiga unsur haiwan yang digabungkan menjadi satu. Pertama, buaya yang mewakili hidupan antara dua alam, iaitu air dan darat. Kedua, ikan yang mewakili hidupan air dan ketiga, gajah yang mewakili hidupan darat. Makara di pahat pada bahagian pemegang tangga candi dan berperanan sebagai pengusir roh jahat. Contoh penemuan makara di Malaysia ialah di Melaka, yang berusia sekitar abad 11 M hingga 12 M. |