Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cang.gih] | چڠݢيه

Definisi : terlalu banyak bercakap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cang.gih] | چڠݢيه

Definisi : 1. moden dan kompleks (alat), sofistikated: walau bagaimanapun ~ peralatan yg dipunyai oleh sesuatu badan, selagi yg mengerjakannya tidak menguasai bidang yg mahu diusahakan, maka selagi itulah timbul kesalahan; 2. hebat, menarik, moden (bangunan, pakaian, dll): Liyana kelihatan begitu ~; 3. tugas dgn berkesan, sesuai dgn perkembangan masa: wanita ~; mencanggihkan menjadikan seseorang atau sesuatu (teknologi, peralatan, pakaian, dll) canggih; kecanggihan perihal (sifat, keadaan, dsb) canggih: ~ senjata-senjata moden sangat dikagumi oleh banyak pihak; pencanggihan perbuatan mencanggihkan sesuatu: peluasan dan ~ jurnalisme berbahasa Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cang.gih] | چڠݢيه

Definisi : 1 moden dan kompleks (bkn alat, mesin dsb); sofistikated: komputer yg ~. 2 menarik, hebat dan moden (bkn bangunan, pakaian dll): Bangunan baru itu sangat ~. 3 berpengalaman dan berpengetahuan dr segi keduniaan; mengikut perkembangan zaman: wanita yg ~. mencanggihkan menjadikan canggih: Mereka berusaha ~ ciptaan mereka. kecanggihan keadaan atau sifat canggih: ~ kereta yg dipamerkan itu menarik perhatian orang ramai. pencanggihan perbuatan atau hal mencanggihkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata canggih


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
unsophisticated marketpasaran tak canggihEkonomiTiadaTiada
art epicepik baharuKesusasteraanTiadaEpik yang bersifat lebih canggih, ideal dan lebih sedar ke arah pencapaian moral dan pengarang bebas mengambil bahan-bahan biasa dan lebih meyakinkan. Peristiwa-peristiwa yang dicerita sudah terlalu lama berlalu.
anaesthesia simulatorsimulator anestesiaPerubatanTiadaAlat pengajaran yang moden dan canggih untuk simulasi anestesia. Alat ini menyediakan modul latihan praktikal simulasi yang menyerupai keadaan sebenar pesakit.
sailing yachtkapal layarPerikananTiadaKapal yang dilengkapi dengan peralatan canggih, layar dan enjin. Kapal ini biasanya berukuran kurang daripada 50 meter panjang dan digunakan untuk bersantai atau melakukan aktiviti rekreasi air.
spectacle theatrepanggung mewahKesenianDrama dan TeaterPanggung teater yang dilengkapi dengan kemudahan canggih untuk binaan set yang mewah bagi menghasilkan pementasan teater yang besar dan gemilang kesannya. Contohnya, Istana Budaya di Kuala Lumpur.
special spectacular effectkesan khas gemilangKomunikasiKorporatHasil gabungan penggunaan peralatan berteknologi tinggi dan canggih dalam iklan jalanan yang memberi impak menakjubkan. Peralatan iklan yang digunakan biasanya bersaiz besar dan menggunakan ruang yang luas. Kesan khas gemilang biasanya menggunakan unsur audiovisual dan teknik pencahayaan yang direka bentuk khusus untuk mewujudkan kesan tersebut. Tujuan penggunaan kesan khas gemilang adalah untuk mendapatkan perhatian khalayak dan meninggalkan kesan ingatan mesej yang disampaikan. Oleh sebab kos pengurusan yang tinggi, syarikat dan organisasi yang berkemampuan sahaja yang dapat menggunakan kesan khas gemilang ini.
CAVE (cave automatic virtual environment)CAVE (persekitaran maya automatik gua)Teknologi MaklumatTiadaKemudahan realiti maya canggih yang dibangunkan oleh University of Illinois. Kaedah ini menggunakan projektor untuk memaparkan imej pada dinding dan siling tanpa memerlukan penggunaan gogel.
invisible zippersembunyi)KesenianTiadaZip yang dijahit pada pakaian wanita dengan menggunakan peralatan dan teknik yang canggih supaya zip tidak kelihatan pada bahagian luar pakaian.
information eraera maklumatKomunikasiTiadaZaman yang kuat dipengaruhi oleh teknologi komunikasi yang berkembang pesat dan canggih. Pada zaman ini terdapat ramai ahli masyarakat yang terlibat dalam industri dan perkhidmatan komunikasi. era informasi.
industrialised building systembangunan berindustri sistemKejuruteraanKejuruteraan BangunanSistem pembinaan bangunan yang menggunakan teknik moden dan canggih dalam kerja pemasangan struktur. Sistem ini menggunakan konkrit pratuang.
123

Kembali ke atas