Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cang.ke.rang] | چڠکرڠ

Definisi : 1. kulit luar yg keras (pd kerang dll); 2. Jk selongsong (lampu bateri dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cang.ke.rang] | چڠکرڠ

Definisi : kulit luar yg keras (pd kerang, siput babi dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cangkerang


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
shellcangkerangTeknologi MaklumatPerisianPerisian yang menyediakan antara muka pengguna. Istilah ini biasanya merujuk kepada cangkerang sistem pengendalian yang menyediakan capaian perkhidmatan yang terdapat pada inti atau kernel. Dalam persekitaran UNIX, cangkerang berada di bahagian paling luar sistem pengendalian. Contoh cangkerang UNIX yang biasa ialah c shell (csh) dan Bourne shell (sh). Cangkerang sistem pengendalian terbahagi kepada dua kategori, iaitu garis perintah dan grafik. Cangkerang garis perintah menyediakan antara muka garis perintah (CLI) kepada sistem pengendalian, manakala cangkerang grafik menyediakan antara muka pengguna grafik (GUI).
shellcangkerangArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiKulit luar yang keras pada haiwan moluska. Cangkerang yang digunakan oleh masyarakat prasejarah diambil daripada laut dan pesisir pantai. Cangkerang digunakan sebagai alat pertukaran, alatan memotong (beliung dan pahat), perhiasan diri seperti manik, ikatan pinggang, kalung dan gelang tangan serta bekal pengebumian. Jenis cangkerang yang kerap digunakan oleh masyarakat prasejarah di Malaysia terdiri daripada nautilus pompilus prinna, cuprae, anadara granosa, tridacna dan argyrostoma, Antara tapak yang pernah ditemui alatan cangkerang adalah di Gol Ba�it dan Kuala Selinsing (Perak), Gua Cha dan Gua Musang (Kelantan), Pusu Lata (Sabah) dan Gua Upusing dan Lobang Tulang, Gua Niah (Sarawak).
shell middenstimbunan sisa cangkerangArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiTapak timbunan yang terbentuk akibat tinggalan cangkerang. Tapak ini ditemui di kawasan persisiran pantai atau kawasan pedalaman, menjadi bukti penempatan manusia serta sisa makanan. Perkembangannya wujud pada tahap Hoabinhian kerana ditemui alat batu di dalam timbunan sisa cangkerang ini. Contohnya, di Gua Kepah, Pulau Pinang (5000 tahun), Seberang Perak, Perak (6000 tahun) dan di pantai timur laut Sumatera. Tapak ini dikenali dengan nama kyokken moddinger yang diambil daripada perkataan Denmark bermaksud dapur cangkerang.
secure socket shell (SSS)cangkerang soket selamat (SSS)Teknologi MaklumatKeselamatan KomputerPerisian antara muka yang membekalkan protokol keselamatan untuk menyambung dan mengendali -kan komputer lain dengan selamat, Cangkerang ini meliputi tiga perisian utiliti keselamatan, iaitu slogin, SSH dan SCP. Perakuan digital RSA digunakan untuk pengesahan pengguna dan penyambungan sistem pelanggan ke sistem pelayan, manakala algoritma penyulitan IDEA pula digunakan untuk penyulitan data selepas penyambungan.
face shellcangkerang mukaanKesenianSeni BinaBahagian pada bongkah batu berongga (bahan binaan seperti batu bata dan blok konkrit untuk membuat dinding bangunan). Ia merupakan salah satu daripada dua dinding sisi pada unit bongkah batu tersebut. Selain bahagian yang dinamakan cangkerang mukaan, terdapat bahagian-bahagian lain pada batu tersebut dengan nama-namanya yang khusus.
shellcangkerang; petalaFizikTiadaTiada
shellcangkerang; petalaGeologiTiada3. Kerak bumi.,4. Lapisan batuan yang keras dan tipis.
shellcangkerang; petalaKomputerTiadaTiada
shellcangkerang; petalaSukanTiadaTiada
shellcangkerang; petalaPerhutananTiadaTiada
12345678910

Kembali ke atas