Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[can.tas] | چنتس

Definisi : ; bercantas (telah) dicantas: pokok-pokok hiasan yg sudah ~ itu kini kelihatan lebih kemas; mencantas 1. memangkas atau memancung (hujung dahan, kepala, dll); 2. ki memotong atau mengurangkan sesuatu (spt perbelanjaan) yg tidak perlu atau berlebihan: perbelanjaan yg tidak perlu terpaksa dicantas kerana kurangnya pendapatan yg dijangkakan pd tahun depan; 3. ki mengeluarkan atau meng­gugurkan sesuatu drpd senarai tertentu: namanya dicantas drpd senarai pemain bola sekolah; tercantas 1. dicantas dgn tidak sengaja, ter­pangkas: banyak anak pokok durian di dlm semak itu yg ~ semasa kerja menebas dibuat; 2. ki dikeluarkan atau digugurkan drpd senarai (kumpulan, pasaran dsb): namanya ~ drpd senarai peserta yg terpilih; cantasan hasil mencantas; pencantasan proses (perbuatan, kerja dsb) mencantas: ~ pokok pagar itu baru sahaja selesai; pencantas 1. orang yg mencantas; 2. alat utk mencantas sesuatu (ranting, kayu dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[can.tas] | چنتس

Definisi : ; mencantas memancung se­suatu dgn benda tajam dgn sekali ayun; memangkas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cantas


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
longitudinal trim dieacuan cantas bujur lintangKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaAcuan untuk memotong bahagian membujur atau melintang yang berlebihan.

Kembali ke atas