disinfection | disinfeksi | Kejururawatan | Tiada | Proses membasmi mikroorganisma infektif daripada alat-alat, pakaian atau persekitaran dengan menggunakan cara-cara fizikal ataupun bahan kimia. |
computer-managed instruction (CMI) | pengajaran diurus komputer (CMI) | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Penggunaan komputer atau peranti pintar untuk mentaksir kebolehan dan keperluan pembelajaran pelajar dengan mencadangkan cara-cara alternatif untuk memenuhi keperluan tersebut bagi melaksanakan persembahan pelajaran dan mentaksir keputusan pelajar. |
delinquent peer influences | pengaruh delinkuen sebaya | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Pengaruh yang disebabkan oleh pergaulan dengan rakan-rakan yang pernah atau sedang terlibat dalam mana-mana kesalahan atau tingkah laku antisosial. Menerusi pergaulan ini, individu tersebut belajar cara-cara, teknik, serta motivasi untuk melakukan kesalahan atau tindakan antisosial tersebut. |
urban culture | budaya bandar | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Cara hidup masyarakat bandar yang meliputi cara bertindak, cara berfikir dan berinteraksi. |
mutual suspicion | saling curiga | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Perihal hubungan antara dua atur cara yang saling tidak mempercayai antara satu sama lain. Setiap atur cara sentiasa menganggap atur cara lain sentiasa berusaha melakukan hasad atau mengandungi kecacatan. Setiap atur cara memberikan capaian terhadap kepada antara muka sistem masing-masing. |
social pressure | tekanan sosiaI | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kuasa memaksa atau menekan yang lahir daripada masyarakat terhadap individu atau kelompok tertentu. Masyarakat dilihat memiliki kuasa menekan individu supaya berperlakuan menurut norma sosial masyarakat tersebut. Ia boleh bersifat kelakuan, cara berpakaian, cara berucap, berbahasa ataupun cara seseorang itu berinteraksi dengan orang lain. Kegagalan seseorang menurut norma sosial dan penyimpangan yang dilakukannya itu dianggap serius dan akan menyebabkan ia dipinggir, disindir atau dihukum oleh masyarakat. Tokoh yang menekankan peri pentingnya tekanan sosial ini ialah Emile Durkheim yang menyatakan betapa masyarakat memiliki kuasa untuk mempengaruhi perlakuan anggotanya. Contohnya, pemimpin perlu menunjukkan teladan yang baik supaya tidak dicemuh oleh masyarakat. |
style | gaya | Kesusasteraan | Tiada | Cara ekspresi linguistik dalam prosa atau lirik, iaitu cara penulis menulis sesuatu atau cara individu bercakap memperkatakan sesuatu. Gaya sesebuah karya boleh dikaji melalui ciri diksi atau pilihan bahasanya, iaitu struktur ayat dan sintaksis, jenis peribahasa, corak rima, komponen bunyi, ciri-ciri bahasa, tujuan dan alat retoriknya. Menurut teori tradisional retorik, klasifikasi gaya terbahagi kepada tiga peringkat, iaitu gaya tinggi, pertengahan, dan rendah. Doktrin ketertiban diperlukan untuk memastikan peringkat gaya bagi sesuatu karya tersebut bersesuaian dengan kelas sosial pengucapnya, serta situasi dan martabat genre sastera. Northrop Frye, seorang pengkritik memperkenalkan perbezaan asas antara dua gaya, iaitu gaya demonik dan gaya hiratik. Gaya demonik dibentuk melalui bahasa, rima, dan asosiasi percakapan seharian, manakala gaya hiratik menggunakan beberapa elaborasi formal untuk memisahkan antara bahasa sastera dengan percakapan seharian. Bagi kedua-dua kelas ini, Frye telah mengenal pasti peringkatnya, iaitu peringkat tinggi, pertengahan, dan rendah. |
application program interface | antara muka atur cara aplikasi (API) | Teknologi Maklumat | Tiada | Perisian yang membolehkan atur cara aplikasi berinteraksi dengan atur cara lain. |
application programme interface (API) | antara muka atur cara aplikasi (API) | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Perisian yang membolehkan atur cara aplikasi berinteraksi dengan atur cara lain. |
application proxy | proksi aplikasi | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Atur cara aplikasi yang dilaksanakan pada sistem tembok api di antara dua rangkaian. Apabila satu atur cara aplikasi mewujudkan satu hubungan pada perkhidmatan destinasi, atur cara ini akan menghubungkan perkhidmatan destinasi ini kepada get laluan aplikasi atau proksi. Pelanggan kemudian berunding dengan pelayan proksi untuk membolehkan komunikasi dilakukan dengan perkhidmatan destinasi tersebut. Proksi biasanya akan mewujudkan hubungan dengan destinasi di belakang tembok api dan bertindak bagi pihak pelanggan, melindungi dan menyembunyi komputer induvidu pada rangkaian di belakang tembok api yang disediakan. Keadaan ini menyebabkan dua hubungan diwujudkan, iaitu hubungan di antara pelanggan dengan pelayan proksi dan hubungan di antara pelayan proksi dengan destinasi. Seterusnya, proksi akan membuat keputusan menghantar paket apabila hubungan ini terjalin. Memandangkan kesemua komunikasi dilakukan melalui pelayan proksi, komputer di belakang tembok api dapat dilindungi. |