Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hidup
1. Bersinonim dengan bernyawa
( bernafas, tumbuh, membesar, bercambah, bertunas, berputik, berpucuk, membiak, menjalar, berbuah, )
(kata kerja:)
Berantonim dengan mati

2. Dalam konteks bunga
bersinonim dengan segar, betul,
(adjektif:)
Berantonim dengan palsu

3. Dalam konteks gunung berapi
bersinonim dengan cergas, giat, aktif,
(adjektif:)
Berantonim dengan mati

4. Bersinonim dengan tinggal
( diam, duduk, menetap, menginap, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : hidup-hidup, hidupan, menghidupkan, penghidupan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
urbanismurbanismePerancangan dan Pembangunan BandarTiadaCiri-ciri atau cara hidup di bandar.
westernisationpembaratanKebudayaanTiadaProses untuk mempengaruhi atau membiasakan diri dengan cara hidup, adat dan amalan Barat.
cultural heritagewarisan budayaPelanconganTiadaPeninggalan nenek moyang, seperti tradisi, kepercayaan atau cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu kaum.
farm visitlawatan ladangPelanconganTiadaKunjungan pelawat untuk menikmati suasana dan mempelajari cara hidup di ladang.
cultural landscapelandskap budayaPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaLandskap yang terbentuk atau dipengaruhi oleh cara hidup atau amalan keagamaan sesuatu bangsa atau komuniti.
communitykomunitiPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaKumpulan individu yang mempunyai sistem nilai, kepercayaan, politik, dan cara hidup yang sama.
urban culturebudaya bandarPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaCara hidup masyarakat bandar yang meliputi cara bertindak, cara berfikir dan berinteraksi.
health seeking actionikhtiar kesihatanKejururawatanTiadaTindakan individu yang mengamalkan cara hidup yang sihat untuk mencapai kualiti hidup yang optimum. Contoh, pemakanan yang seimbang dan mengamalkan senaman secara teratur.
puritanismpuritanismeKesusasteraanTiadaPegangan agama Kristian yang menekankan ketegasan dan kepatuhan dalam hal moral dan agama. Pada awalnya, puritanisme merujuk kepada prinsip dan cara hidup kumpulan Puritan, iaitu kumpulan orang Protestan di England. Pada abad ke-16, kumpulan ini menuntut reformasi dalam doktrin dan upacara sembahyang. Pada abad ke-17, puritanisme menjadi pegangan sebuah parti politik yang mempunyai kuasa besar. Kumpulan ini menaiki kapal Mayflower untuk datang ke Dunia Baharu, iaitu Amerika. Mereka bercita-cita mendirikan kerajaan berdasarkan sistem keagamaan yang dianggap tulen. Pemikiran puritanisme ini mempengaruhi pengarang awal di Amerika.
boring organismorganisma penggerekSains MarinTiadaOrganisma infauna yang mempunyai keupayaan menggerek ke dalam substratum seperti kayu, batu karang dan substratum keras yang lain. Ahli-ahli daripada beberapa filum seperti Porifera, Annelida, Arthropoda, Moluska dan Echinodermata diketahui mempunyai adaptasi untuk cara hidup ini. Organisma penggerek dapat dibahagikan kepada jenis yang berbeza berdasarkan keupayaan untuk menggerek substratum yang berbeza, sama ada secara mekanikal atau secara kimia. Kerosakan yang disebabkan oleh organisma penggerek kepada struktur binaan (terutamanya kayu) di persekitaran marin disebut sebagai hakisan biologi. Kerosakan yang disebabkan oleh organisma penggerek memberikan impak besar kepada ekonomi dan industri maritim.
12

Kembali ke atas