Kegel exercise | senaman Kegel | Perubatan | Tiada | Senaman untuk menguatkan otot pelvik-vaginal bagi wanita yang mengalami inkontinens stres. Caranya adalah dengan duduk mencangkung dengan kedua-dua paha direnggangkan dan mengempiskan otot abdomen dan mengemut otot-otot pelvis. Senaman ini juga boleh membantu menguatkan otot dan proses pelahiran. |
self-garbling virus | virus swaherot | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Virus yang tersembunyi daripada perisian antivirus dengan mengherotkan susunan atur caranya supaya berlainan dengan tandatangan virus yang digunakan untuk mengecami virus berkenaan. Virus ini mempunyai atur cara khas yang mengandungi algoritma penyusunan bit untuk proses herotan. Algoritma penyusunan bit ini juga akan digunakan untuk mengembalikan virus ke bentuk asal sebelum proses jangkitan. |
self-mailer | mel jawab balik | Komunikasi | Korporat | Kaedah mendapat reaksi atau maklum balas secara bercetak mengenai sesuatu maklumat pemasaran yang diedarkan kepada pelanggan. Caranya adalah dengan menggunakan sekeping kad jawapan yang telah tercatat alamat syarikat dan bersetem untuk memudahkan pelanggan memberikan maklum balas. Kaedah ini mempercepat proses pengumpulan maklum balas terutama dalam kajian tinjauan pemasaran. |
checkerboard tecnique | teknik papan dam | Komunikasi | Tiada | Kaedah penyuntingan filem yang kerap digunakan bagi filem 16 mm yang bertujuan untuk menghilangkan kesan penyambungan daripada kelihatan. Caranya ialah dengan menyambungkan setiap adegan demi adegan secara silih berganti melalui dua gulungan dengan penjarak berwarna hitam. Bahagian yang bergambar dikikis, kemudiannya disambungkan dengan penjarak berwarna hitam. Hasilnya, kesan penyambungan itu dapat disembunyikan. |
overlearning | terlebih belajar | Psikologi | Psikologi Umum | Pembelajaran tambahan yang diperoleh selepas sesuatu kemahiran yang lebih tinggi dikuasai. Melalui pembelajaran ini, ingatan akan menjadi bertambah baik secara berlipat ganda. Caranya ialah melalui kajian atau mempelajari dengan lebih lanjut tentang maklumat yang telah diketahui. Kadangkala, proses ini dirujuk juga sebagai latihan atau pengulangan yang melampaui had yang diperlukan untuk mengingat atau mengekalkan sesuatu maklumat. |
breathing time | tempoh sejatan | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Masa yang diperlukan oleh kepingan venir atau kayu untuk menyejatkan lembapannya antara operasi penekanan dan penyusunan venir atau kayu tersebut. Caranya adalah dengan mengurangkan atau melepaskan tekanan yang bertindak ke atas venir atau kayu tersebut. |
awl | penebuk | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Alat yang digunakan untuk membuat lubang pada kulit kayu, kulit binatang atau batu. Alat ini diperbuat daripada tulang binatang kayu atau buluh. Alatan tulang yang dijadikan sebagai penebuk lubang ditajamkan pada bahagian hujungnya manakala bahagian belakangnya dibuat tempat pemegang. Alat penebuk lubang daripada kayu atau buluh digunakan untuk menebuk lubang pada bahagian tengah gelang batu Zaman Neolitik. Caranya dengan memutar penebuk ke atas permukaan belang batu dengan menggunakan sedikit pasir. Alat ini ditemui di Gua Cha (Kelantan) manakala alat penebuk daripada tulang ditemui di Gua Niah (Sarawak ), Gua Bintong (Perlis) dan Gua Teluk Kelawar (Perak). |
linking loader | pemuat pemautan | Kejuruteraan | Tiada | 1. Atur cara komputer yang mengambil segmen-segmen atur cara dan menempatkannya satu persatu dalam ingatan, melaras lokasi suruhan lompat dan panggil untuk memadankannya dengan penempatan baru dalam ingatan.,2. Rutin yang menggabungkan segmen atur cara dan mengumpuk semula alamat-alamat untuk menggambarkan lokasi ingatan yang baru.,3. Pembeban boleh cari yang menghubung beberapa modul objek kepada suatu modul beban tunggal, melerai rujukan luar dalam proses itu. Hal ini membolehkan pengguna memuat atur-atur caranya ke dalam mana-mana kawasan ingatan. |