electrostatic | elektrostatik | Perubatan | Tiada | Berkaitan dengan fenomenon cas-cas elektrik yang kebanyakannya dalam keadaan statik. |
lightning | kilat | Kejuruteraan | Tiada | Penyahcasan berlar bagi cas-cas elektrik di antara awan, atau di antara awan dengan bumi. |
potential barrier | sawar keupayaan | Kejuruteraan | Tiada | 2. Kawasan separuh pengalir tempat cas-cas elektrik yang cuba lalu akan menghadapi rintangan dan mungkin berpatah balik. |
electrostatic generator | penjana elektrostatik | Fizik | Elektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan | Mesin yang menghasilkan cas-cas elektrik dengan cara geseran atau aruhan elektrostatik. |
electrostatis | ilmu elektrostatik | Fizik | Elektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan | Ilmu sains keelektrikan yang berkenaan dengan fenomenon cas-cas elektrik yang kebanyakannya dalam keadaan statik. |
electric image | imej elektrik | Fizik | Elektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan | Cas rekaan yang digunakan untuk mendapatkan medan elektrik medan elektrik yang dihasilkan oleh cas-cas elektrik berhampiran dengan suatu pengkonduksi. Pengkonduksi tersebut mempunyai agihan cas-cas permukaan teraruh yang boleh diganti dengan satu atau lebih cas-cas rekaan. |
electricity | keelekterikan | Fizik | Elektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan | Fenomenon fizik yang melibatkan cas-cas elektrik dan kesan cas itu apabila ia rehat atau bergerak. |
coulomb | coulomb | Teknik | Elektrik | 1. Unit bagi kuantiti elektrik (cas elektrik) yang mengalir ke dalam litar. Satu coulomb sama nilainya dengan satu ampere arus elektrik yang mengalir selama satu saat. 2. Cas elektrik yang mengalir di dalam litar yang mempunyai rintangan satu ohm, selama satu saat dengan tekanan satu volt. |
coulomb | coulomb | Fizik | Elektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan | Unit cas elektrik yang ditakrifkan sebagai amaun cas elektrik yang merentasi suatu permukaan dalam 1 saat apabila arus mantap 1 ampere mutlak mengalir merentasi permukaan tersebut. |
yield point | takat alah | Kejuruteraan | Petroleum | Sinonim : nilai alah Istilah yang menyatakan rintangan terhadap bendalir untuk mula mengalir, atau nilai tegasan yang diperlukan untuk memulakan bendalir bergerak. Rintangan ini wujud disebabkan adanya cas-cas elektrik yang terletak pada atau berhampiran dengan permukaan partikel. Takat alah merupakan salah satu sifat bendalir dalam keadaan dinamik, dan dinyatakan dalam paun/100 kaki persegi yang ditentukan dengan menggunakan meter kelikatan tunjuk-terus. Cara pengiraannya adalah dengan menolak bacaan pada putaran 300 per minit dengan nilai kelikatan plastik. |