Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.bi.san] | چبيسن

Definisi : barang apa yg sudah dicebis, potong­an kecil, serpihan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.bi.san] | چبيسن

Definisi : bahagian yg dicebis; potongan kecil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cebisan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
seed crystalhablur benihFizikNanoteknologiCebisan kecil bahan hablur tunggal yang digunakan untuk menumbuhkan hablur bahan yang sama. Hablur besar dapat ditumbuhkan dengan merendam cebisan ini dalam suatu larutan lebur supertepu yang kemudiannya disejukkan secara perlahan. Hablur ini juga dapat dihasilkan secara melalukan wap bahan yang hendak ditumbuhkan ke atas permukaan benih tersebut. Contohnya, hablur benih digunakan untuk menumbuhkan jongkong hablur tunggal silikon dalam industri semikonduktor yang menggunakan kaedah seperti proses Czochralski atau teknik Bridgeman.
fluffingpendebuan seratKesenianHiasan DalamanKeadaan permukaan karpet yang dipenuhi cebisan gentian semasa proses pembuatan. Keadaan ini tidak dianggap sebagai kecacatan kerana cebisan gentian akan hilang apabila permukaan tersebut dibersihkan atau digunakan.
bamboo particleserpai buluhBuluhTiadaCebisan buluh yang diproses dan boleh digunakan untuk menghasilkan papan komposit.
DNA fragmentfragmen DNABioinformatikBioinformatik MolekulCebisan kecil jujukan DNA berukuran antara 100 pasangan bes (bp) hingga 300 bp yang terhasil melalui proses fragmentasi DNA.
bamboo crusherpenghancur buluhBuluhTiadaAlat yang digunakan untuk menghancurkan buluh menjadi cebisan sebelum dijadikan komposit.
recycle scrap boxtakung sisa pulihKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaBekas untuk mengisi cebisan logam yang masih boleh digunakan untuk membuat bahagian kecil badan kereta.
patchworktampal cantumKesenianHiasan DalamanKarya seni yang dihasilkan dengan menampal atau menjahit cebisan bahan, seperti kain dan kertas pada sesuatu permukaan. Tampal cantum akan dinilai berdasarkan kehalusan kreativiti kerja dan bahan yang digunakan. Contohnya, tampalan pada cadar atau sebarang objek yang dijadikan hiasan dinding.

Kembali ke atas