Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. cacat, cela (sedikit): tuan hamba, tegur oleh tuan hamba jika ~nya pakaian hamba ini; 2. luka (patah tulang dsb): tiga orang telah ~ dlm kemalangan itu; 3. menderita, merana, celaka, rugi: kena ~ Mn a) didatangi musuh dgn tiba-tiba, digeledah dgn tiba-tiba; b) dianiayai (dicelakakan) orang; c) menderita kerana pekerjaan berat dll; mencedera Mn mendatangi (menggeledah) dgn tiba-tiba; mencederakan menyebabkan cedera (luka, patah tulang, dsb): mereka telah ~ beberapa orang musuh; tercedera 1. mendapat cedera (luka, patah, dsb): ayah Hilmi ~ dlm satu serangan; 2. Mn merana; kecederaan keadaan cedera (luka, patah tulang, dsb): bermain-main semasa bekerja kerap kali menyebabkan orang lain mendapat ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cedera I


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
self-injurycedera kendiriPendidikanTiadaTingkah laku mencederakan diri sendiri seperti menghantukkan kepala dan menarik rambut yang berlaku di kalangan individu yang mempunyai kecacatan intelek yang teruk atau yang menunjukkan perlakuan autistik.
manslaughterpematian orangKriminologiKeadilan JenayahPerbuatan atau membiarkan seseorang yang sakit atau cedera tanpa rawatan yang menyalahi undang-undang, yang menyebabkan kematian seseorang tanpa niat untuk membunuh.
culpable homicidepematian salahKriminologiKeadilan JenayahPerbuatan atau membiarkan seseorang yang sakit atau cedera tanpa rawatan yang menyalahi undang-undang, yang menyebabkan kematian dengan niat atau menyebabkan kecederaan yang memungkinkan kematian dengan niat, atau dengan pengetahuan bahawa tindakannya akan menyebabkan kematian.
health insuranceinsurans kesihataninsuransTiadaInsurans yang memberikan perlindungan ke atas kerugian akibat sakit dan cedera. Insurans ini memberi bayaran sekali gus atau berkala berikutan kecederaan anggota, sakit dan belanja perubatan.
bleedingperdarahan; turun warna (PEM.MAN)PerubatanTiada2. Perdarahan: Pengaliran keluar darah dari salur yang cedera.,3. Pembuangan darah, flebotomi.
bleedingperdarahan; turun warna (PEM.MAN)FarmasiTiada2. Perdarahan: Pengaliran keluar darah dari salur yang cedera.
bleedingperdarahan; turun warna (PEM.MAN)SosiologiTiada2. Perdarahan: Pengaliran keluar darah dari salur yang cedera.
group accident insuranceinsurans kemalangan kumpulaninsuransTiadaInsurans yang diperolehi oleh sesuatu kumpulan atau majikan untuk memberi pampasan kepada ahli atau pekerjanya yang cedera akibat kemalangan.

Kembali ke atas