Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cék] | چيک

Definisi : /cék/ arahan bertulis (di atas keping­an kertas tertentu) kpd bank supaya membayarkan wang kpd pembawanya atau memasukkannya ke dlm akaun tertentu sebanyak yg tertulis pd arahan itu. ~ berpalang cek yg mempunyai dua garis selari (biasanya di sudut kiri sebelah atas muka cek tsb) dan mesti­lah dimasukkan ke dlm akaun utk mendapatkan bayarannya. ~ kosong cek yg pdnya tidak tercatat jumlah bayaran atau nama penerimanya tetapi telah ditandatangani oleh pembayarnya. ~ tak layan cek yg bayarannya tidak diberikan oleh bank kerana sebab-sebab tertentu. ~ tempatan cek yg bank pembayarnya ada di kawasan penjelasan yg sama dgn bank pelanggan yg menerbitkan cek itu. ~ tendang cek yg tidak dpt ditukar dgn wang tunai kerana pengeluarnya tidak mempunyai wang yg cukup dlm akaunnya. ~ terbuka cek yg boleh ditukar di kaunter bank utk mendapatkan wang tunai dgn serta-merta. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cek


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bounced chequecek lambungEkonomiTiadaCek yang tidak laku atau tidak boleh ditukar dengan wang tunai oleh bank kerana wang simpanan pemilik cek tersebut dalam akaun bank tidak mencukupi. Sinonim cek tak layan.
chequecekEkonomiTiadaBil pertukaran yang sah yang dikeluarkan oleh bank dan boleh ditukarkan dengan wang tunai. Biasanya, pada cek itu ditulis jumlah nilai wang yang boleh diambil oleh bank daripada akaun semasa pemilik cek untuk diberi kepada penerima cek tersebut.
open chequecek terbukaEkonomiTiadaCek yang tidak dipalang, dan boleh ditukar dengan wang tunai tanpa membuka akaun dalam bank. Lihat juga cek berpalang.
blank chequecek kosongEkonomiTiadaCek yang dikeluarkan oleh pemilik kepada seseorang atau sesebuah organisasi tanpa menulis jumlah tertentu wang, dengan kepercayaan penerima tersebut akan menulis jumlah wang mengikut urus niaga yang telah dilakukan apabila mengetahui nilai arus niaga tersebut.
dishonoured chequecek tak layanEkonomiTiadaLihat cek lambung.
account payee onlyakaun penerima sahajaEkonomiTiadaArahan tentang cek tertentu yang sifatnya hanya boleh dimasukkan ke dalam akaun penerima, tidak boleh dipindahkan, atau dibuat pembayaran atas penama lain, dan tidak boleh ditunaikan serta-merta. Sinonim cek berpalang.
bank draft, banker's draftdraf bankEkonomiTiadaCek yang boleh dibayar atas permintaan bank yang mengeluarkan draf bank tersebut. Oleh sebab draf bank ini dikeluarkan oleh bank berkenaan itu sendiri, maka draf bank itu boleh dianggap sebagai wang tunai. Ini kerana jumlah wang yang tercatat pada draf bank dijamin ada dalam simpanan bank. Sinonim cek bak.
crosses chequecek berpalangEkonomiTiadaLihat akaun penerima sahaja.
banker�s chequecek bankEkonomiTiadaLihat draf bank.
cheque alteration and forgery insuranceinsurans pemalsuan dan pengubahan cekinsuransTiadaSatu daripada dua jenis polisi. Pertama, polisi pemalsuan perdagangan yang digunakan oleh firma-firma selain daripada bank. Kedua, polisi pemalsuan deposit untuk melindungi insured dan banknya.
12

Kembali ke atas