Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.kap] | چکڤ

Definisi : 1. boleh, dapat, mampu, sanggup: setelah ia ~ berdiri sendiri, keluarlah ia dr rumah itu; 2. dapat (berkebolehan) melaksanakan sesuatu (kerja dll) dgn cepat dan sem­purna, pandai, mahir: ada beberapa ekor monyet yg betul-betul ~ bermain tunggang balik; kerja demikian memerlukan pekerja yg tekun dan ~; ia juga cukup ~ menyumpit; 3. elok, cantik, rupawan: mahasiswa-mahasiswa suka bercakap-cakap dgn gadis yg ~ itu; 4. lekas, pantas, tangkas: tangan Mawi lebih ~, pantas spt kilat; bercekap sl sanggup, berani (mengerjakan sesuatu); mencekapkan menjadikan (bertambah) cekap; mempercekap menjadikan lebih (bertambah) cekap; kecekapan 1. kesanggupan, kemampuan; 2. kebolehan melakukan sesuatu (spt kerja dll) dgn cepat dan sempurna, kemahiran, kepandaian (melakukan sesuatu); 3. kepan­tasan membuat sesuatu (berfikir dll); ketidakcekapan perihal (sifat dsb) tidak cekap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.kap] | چکڤ

Definisi : 1 mampu atau sanggup (melakukan sesuatu): Setelah ~ terbang, barulah burung-burung itu dpt mencari makan sen­diri. 2 pandai; mahir: Misbun merupakan pemain badminton yg ~. kecekapan 1 kemampuan atau kesanggupan membuat sesuatu. 2 keadaan atau hal cekap; kemahiran atau kepandaian membuat sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cekap

Peribahasa

Takkan rintang rusa oleh tanduknya.

Bermaksud :

Tidak akan terganggu seseorang yang cekap itu melakukan pekerjaannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Tiada akan rintang kerbau oleh tanduknya).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
energy efficient vehicle (EEV)kenderaan cekap tenaga (KCT)Kejuruteraan AutomotifTiadaKenderaan yang memenuhi suatu garis panduan dari segi tahap pelepasan karbon (g/km) dan penggunaan bahan api (l/100km). Kenderaan cekap tenaga termasuklah kenderaan yang cekap penggunaan bahan api, hibrid, kenderaan elektrik (EV) dan kenderaan yang menggunakan bahan api alternatif.
excess burdenbeban berlebihanEkonomiTiadaTambahan beban cukai yang ditanggung oleh unit-unit ekonomi akibat daripada pelaksanaan cukai yang tidak optimum atau tidak cekap. Cukai yang tidak cekap ini ialah cukai yang mengherotkan harga relatif. Ini bererti cukai tersebut menimbulkan kesan penggantian dan kesan pendapatan, manakala cukai optimum hanya menimbulkan kesan pendapatan sahaja kerana cukai optimum tidak mengherotkan harga relatif.
energy efficientcekap tenagaTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauPenggunaan tenaga dengan jumlah yang sama atau kurang, tetapi menghasilkan keputusan atau output yang lebih baik dan meminimumkan pembaziran tenaga.
portpolio analysisanalisis portfolioEkonomiTiadaAnalisis yang menentukan kombinasi aset kewangan yang cekap dan memberikan jangkaan pulangan yang maksimum kepada pelabur, di samping memenuhi keperluan kecairan pelabur tersebut. Andaian utama analisis ini ialah pelabur akan mengutamakan portfolio yang dijangka memberi kadar pulangan yang maksimum apabila berhadapan dengan satu tingkat risiko tertentu.
core managementpengurusan terasSains NuklearKejuruteraan ReaktorProses untuk memastikan kendalian reaktor nuklear selamat dan cekap. Pengurusan teras melibatkan pemantauan dan penyesuaian parameter teras seperti komposisi bahan api nuklear, kedudukan rod kawalan, kadar aliran bahan penyejuk dan tahap kuasa.
dematerializationpenyahbahananTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauProses mengurangkan sesuatu bahan dalam produk perindustrian dan menggunakan produk cekap tenaga.
pulmonary ventilationventilasi pulmonariKejururawatanTiadaAliran udara ke dalam alveoli paru-paru dan berlakunya pertukaran gas dengan aliran darah yang cekap. Ketidakseimbangan ventilasi atau perfusi akan menyebabkan sianosis dan anoksia.
motor skillkemahiran motorSains SukanBiomekanikKemahiran dalam pergerakan tubuh badan, yang diperoleh secara semula jadi atau dipelajari supaya boleh dilakukan dengan cekap dan berkesan. Contohnya, kemahiran motor kanak-kanak seperti berjalan atau berlari yang berkembang secara semula jadi, manakala kemahiran dalam sukan seperti servis tenis dan lari berpagar yang memerlukan proses pembelajaran dan latihan.
servant leadershipkepemimpinan kebaktianPentadbiranTiadaKeupayaan seorang pemimpin dalam membangunkan pekerja dengan menggilap sepenuhnya potensi mereka ke arah melaksanakan tugas dengan lebih cekap. Misalnya, kepemimpinan komuniti, motivasi kendiri dan kemampuan kepemimpinan masa hadapan.
predisposepredisposPerikananAkuakulturKeadaan yang menyebabkan ikan terdedah kepada penyakit. Contoh predispos ialah perubahan kualiti air, kehadiran patogen dan pengurusan kesihatan yang tidak cekap.
1234

Kembali ke atas