Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.kur] | چکور

Definisi : sj tumbuhan (umbinya dibuat ubat), Kaempferia galanga; ~ manis sj tumbuhan (daunnya boleh dibuat sayur), asin-asin, cekuk manis, Sauropus albicans; ~ jerangau berbau lagi = ~ jerangau belum habis lagi prb masih mentah lagi (belum matang), masih muda benar; memanjat pokok ~ boleh mati jatuh prb menerima kesusahan (hukuman) yg berat drpd kesalahan yg sedikit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.kur] | چکور

Definisi : nama sj herba yg umbinya boleh dibuat ubat, Kaempferia galanga. ~ manis nama sj pokok renek yg daunnya boleh dibuat sayur, asin-asin, Sauropus albicans. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cekur

Puisi
 

Cekur manis separuh hidup,
     Masaklah kari berganti-ganti;
Jangan ditangis cerai hidup,
     Lepas seorang berdua ganti.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Memanjat pokok cekur boleh jatuh mati.

Bermaksud :

Hukuman yang berat kerana kesalahan yang sedikit.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sweet shootcekur manis/asin-asinPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
EndemikEndemicPertanianTiadaSpesies asli atau khusus ditemui pada satu kawasan tertentu, misalnya cekur merah di kawasan bukit batu kapur, pokok cerapu hanya terdapat di Malaysia dan endemik di sini.
antioxidantantioksidanHerbaPemiawaianSifat agen yang digunakan untuk menambah atau mencegah molekul dalam badan daripada teroksida. Contohnya, daun cekur (Kaempferia galanga), ulam raja (Cosmos caudatus) dan pelbagai jenis buah limau yang bersifat antioksidan.
Fresh vegetableUlamanPertanianTiadaMerujuk kepada tumbuhan yang dimakan secara mentah bersama hidangan utama dan biasanya dimakan bersama sambal belacan. Ulaman juga mempunyai khasihat untuk kesihatan badan dan melindungi daripada penyakit. Contoh ulaman ialah pegaga, ulam raja, selom, ubi kayu, cekur, putat dan sebagainya.
edible herbherba boleh makanHerbaPemiawaianUlam atau sayur-sayuran tradisional yang digunakan dalam resepi masakan sama ada dimakan mentah atau dicelur. Herba boleh makan biasanya dimakan sebagai penyedap rasa dan mempunyai khasiat untuk kesihatan badan dan melindungi daripada penyakit. Contohnya, cekur (Kaempferia galanga) untuk membuang angin dalam badan dan daun pegaga (Centella asiatica) untuk mengubati darah tinggi dan menambah daya ingatan.
basal cuttingkeratan pangkalPertanianAgroteknologiKeratan batang atau cabang yang diperoleh daripada bahagian pangkal pokok. Keratan pangkal biasanya lebih matang dan cepat mengeluarkan tunas berbanding dengan keratan di pucuk. Keratan pangkal biasanya dilakukan untuk tujuan pembiakan tanaman seperti pokok bunga raya, ubi kayu, cekur manis dan tebu.
fresh vegetablesayur segarHerbaBotani dan BioteknologiBahagian tumbuhan yang dimakan mentah atau dicelur bersama hidangan utama dan biasanya dimakan bersama sambal belacan, budu dan cencaluk. Sayur segar biasanya dimakan sebagai penyedap rasa dan mempunyai khasiat untuk kesihatan badan dan melindungi daripada penyakit. Contohnya, pegaga untuk mengubati darah tinggi dan menambah daya ingatan, buah peria katak untuk mengubati kencing manis, dan cekur untuk membuang angin dalam badan.

Kembali ke atas