Maklumat Kata
Kamus Bahasa Melayu
celagi
[ce.la.gi] |
چلاݢي
Definisi :
1. sj tumbuhan (pokok dan buahnya), asam jawa, Tamarindus indica; 2. sj tumbuhan (herba), Xyris anceps.
(Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata
celagi
Juga ditemukan dalam:
Kamus Bahasa Melayu
(1)
Istilah Bahasa Melayu
(2)
Kamus Thai Melayu Dewan
(1)
Artikel Akhbar
(1)
Perkhidmatan +
Korpus
e-Tesis
e-Jurnal
e-Kamus
e-Borneo
e-Seminar
i-Pintar
Puisi
Nyiur manis pelepahnya lembut,
Pohon celagi berbatang-batang;
Hitam manis keningnya lembut,
Bertatah gigi dua tiga batang.
Lihat selanjutnya...
(2)
Istilah Bahasa Melayu
Istilah Sumber
Istilah Sasar
Bidang
Subbidang
Huraian
Tamarindus indica
Asam jawa
Pertanian
Tiada
Tumbuhan dalam famili Fabaceae ini juga dikenali sebagai
celagi
. Tumbuhan jenis pokok sederhana besar. Daunnya jenis pinat, mempunyai 8-16 anak daun. Jambak bunga jenis rasem. Bunganya kecil berwarna kekuningan. Buahnya jenis lenggai, lurus atau bengkok sedikit. Bijinya keras dan berwarna perang kehitaman. Pokok ini ditanam sebagai makanan dan landskap. Antara sebatian kimia dalam pulpa buah ialah asid sitrik, asid malik, asid tartarik, monoterpena, asid nikotinik dan sinamat. Buahnya digunakan untuk merawat demam, batuk, sakit tekak, bengkak, bisul, penyakit kuning, penyakit kulit, ekzema, luka, sembelit dan seriawan. Bijinya mengandungi albuminoid yang digunakan secara luaran untuk merawat gigitan haiwan. Daunnya mengandungi flavonoid, bersifat anti-radang, menghilangkan rasa sakit (analgesik), antiseptik dan menggalakkan pengeluaran peluh (diaforetik). Daunnya digunakan untuk rawatan sembelit, luka, seriawan (ulser mulut), demam, gatal kulit, bisul, demam kuning, sukar tidur (insomnia) dan mengurangkan
Tamarindus indica
asam jawa
Herba
Botani dan Bioteknologi
Tumbuhan dalam famili Fabaceae yang dikenali juga sebagai
celagi
. Tumbuhan ini jenis pokok sederhana besar. Daunnya jenis pinat, mempunyai 8 hingga 16 anak daun. Jambak bunganya jenis rasem. Bunganya kecil berwarna kekuning-kuningan. Buahnya jenis lenggai, lurus atau bengkok sedikit. Bijinya keras dan berwarna perang kehitam-hitaman. Pokok ini ditanam sebagai tumbuhan makanan dan landskap. Antara sebatian kimia dalam pulpa buah ialah asid sitrik, asid malik, asid tartarik, monoterpena, asid nikotinik dan sinamat. Buahnya digunakan untuk merawat demam, batuk, sakit tekak, bengkak, bisul, penyakit kuning, penyakit kulit, ekzema, luka, sembelit dan seriawan. Bijinya mengandungi albuminoid yang digunakan secara luaran untuk merawat gigitan haiwan. Daunnya mengandungi flavonoid, bersifat antiradang, menghilangkan rasa sakit (analgesik), antiseptik dan menggalakkan pengeluaran peluh (diaforetik). Daunnya digunakan untuk merawat sembelit, luka, seriawan, demam, gatal kulit, bisul, demam kuning, sukar tidur (insomnia
Kembali ke atas
Thanks for clicking. That felt good.
Close
Borang Maklum balas Carian PRPM
@DBP
Malaysia
Pelawat PRPM
@DBP
Malaysia yang dihormati,
Kami sedang berusaha untuk meningkatkan perkhidmatan Carian PRPM
@DBP
Malaysia ini. Komen, pandangan, kritikan dan cadangan tuan/puan sangat kami hargai. Mohon berikan maklum balas seperti berikut :
1. Antara muka pengguna.
2. Domain atau kluster maklumat serta kandungan maklumat.
3. Kepantasan carian.
4. Pandangan dan cadangan keseluruhan.
5. Alamat e-mel atau nombor telefon.
*
Sila tunggu sebentar...