Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.mar] | چمر

Definisi : 1. tidak bersih, kotor; 2. ki tidak mur­ni atau tidak baik (bkn nama, perkataan, dll): nama ayahnya kini sudah ~; membawa ~ datang bulan (haid); bercemar mengotorkan diri; ~-cemar merendahkan (mengotorkan) diri (dgn bercam­pur dgn orang yg lebih hina dll): mengapatah maka Datuk Bendahara hendak ~ dgn si Jebat; ~ duli = ~ (-cemar) kaki sl mencemar duli: silalah tuanku dgn Cik Puan ~ duli ke pantai pasir yg putih lumat itu berjalan-jalan mengambil angin kesihatan; ~ kain datang bulan (haid); mencemar; ~ duli bh (digunakan pd sultan atau raja) sudi datang (pergi) ke: baginda juga pernah ~ duli melawat Kem Tahanan Tanjung Bruas bersama-sama dgn rombongannya; mencemari 1. mengotori: sampah-sarap yg ~ tempat ini; 2. menodai, mencabuli (nama dll): gadis itu ~ kesucian dirinya; mencemarkan 1. menjadikan cemar, mengotorkan; 2. ki memburukkan (nama dll), mengejikan: kau ~ nama keluargamu; berbagai-bagai pengaruh luar mengubah dan kadangkala ~ cerita; tercemar dicemar; kecemaran 1. kekotoran; 2. keburukan (nama dll), kekejian: ia hendak melindungi keluarganya drpd ~ yg dilakukan oleh orang lain; pencemaran perbuatan mencemarkan (me­ngotorkan), pengotoran; ~ alam perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dgn sampah-sarap dsb; ~ bahasa penggunaan bahasa yg tidak betul di kalangan masyarakat; pencemar 1. orang yg mencemari atau mencemarkan maruah (diri, nama keluarga, dll); 2. bahan atau alat yg mencemari atau mencemarkan sesuatu (bahan lain, udara, dll): gas ini, spt ~ yg lain, amat berbahaya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.mar] | چمر

Definisi : ; ~ hantu sj tumbuhan yg hidup di atas pokok-pokok lain, bendalu, Cassytha filiformis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.mar] | چمر

Definisi : 1 tidak bersih; kotor. 2 ki tidak baik (ttg nama); keji. bercemar berbuat sesuatu supaya menjadi cemar. ~ duli mengotorkan kaki (bermaksud sudi mengunjungi sesuatu tempat dan digunakan utk raja-raja saja). mencemari menjadikan cemar; mengotori: Tingkah laku yg tidak sopan telah ~ nama baiknya. mencemarkan 1 menyebab­kan menjadi cemar; mengotorkan: Dia ~ kawasan itu dgn sampah sarap. 2 ki memburukkan (ttg nama); mengeji­kan: Dia ~ nama baik keluarganya dgn melakukan perkara-perkara yg tidak baik. tercemar menjadi cemar: Namanya ~ oleh kelakuannya yg tidak senonoh. pencemaran perihal mencemari atau mencemarkan; pengotoran: Masalah ~ udara sering dihadapi oleh negara-negara yg sedang membangun. ~ alam pencemaran kebersihan alam (udara, air dan daratan) dgn sampah sarap dsb. ~ bahasa penggunaan bahasa yg tidak betul di kalang­an masyarakat. pencemar 1 orang yg mencemarkan. 2 sesuatu atau bahan yg mencemari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cemar


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
primary pollutantprimer bahan cemarKejuruteraanTiadaBahan cemar berbahaya di udara ambien dalam bentuk kimia asal semasa dilepaskan, contohnya sulfur dioksida, oksida nitrogen dan sebagainya.
pollution controlkawalan pencemaranTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauProses mengurangkan atau menghapuskan pelepasan bahan cemar dalam bentuk cecair, gas, pepejal dan enap cemar dalam alam sekitar.
sludgeenap cemarKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaEnapan lekit yang terdiri daripada minyak pelincir kotor, air dan habuk. Enapan ini terbentuk daripada hakisan enjin.
hazardous air pollutantbahan cemar udara berbahayaTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauBendasing toksik yang wujud dalam atmosfera yang menjejaskan kesihatan biota akibat aktiviti manusia atau terjadi secara semula jadi. Contohnya, sebatian organik mudah meruap dan dioksin.
sewage treatmentrawatan kumbahanPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaProses menghilangkan bahan cemar daripada sisa buangan domestik atau industri.
pollution preventionpencegahan pencemaranTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauProses atau teknologi yang digunakan untuk mengurangkan atau menghapuskan penghasilan bahan cemar dalam sebarang proses pembuatan.
crankcase ventilationpengalihudaraan kotak engkolKejuruteraan AutomotifEnjinPeredaran udara melalui kotak engkol semasa enjin sedang beroperasi untuk menyingkirkan air, gas hembus pintas dan pelbagai wap. Proses ini untuk mengelakkan pencairan dan pencemaran minyak pelincir, pembentukan enap cemar dan pertambahan tekanan dalam kotak engkol. Sistem ini mengambil alih peranan pengudara kotak engkol dengan menambah baik peranannya secara mengasingkan kotoran dan enap cemar melalui penapisan.
waste water treatmentolahan air sisaTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauGabungan operasi dan proses yang direka bentuk untuk mengurangkan kandungan bahan cemar dalam air sisa kepada tahap yang boleh diterima. Parameter standard seperti oksigen terlarut, permintaan oksigen biokimia, permintaan oksigen kimia, pH dan jumlah pepejal terlarut digunakan untuk mengukur prestasi olahan.
environmental impactkesan alam sekitarTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauKesan negatif terhadap alam sekitar disebabkan oleh aktiviti yang berkaitan dengan antropologi seperti pembangunan infrastruktur, perbandaran, perindustrian, pengangkutan atau pelepasan bahan cemar.
environmental impact potentialkeupayaan kesan alam sekitarTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauKebarangkalian terjadinya perebakan kesan negatif akibat aktiviti yang berkaitan dengan antropologi, contohnya pembangunan infrastruktur, perbandaran, perindustrian, pengangkutan atau pelepasan bahan cemar.
12

Kembali ke atas