alarm position | kedudukan cemas | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
reaction formation | pembentukan tindak balas | Perubatan | Psikiatri | Mekanisme pertahanan minda apabila emosi yang menyebabkan seseorang menjadi cemas atau emosi yang tidak boleh diterima, digantikan dengan tindakan yang berlawanan. |
affective disorder | gangguan afektif | Perubatan | Psikiatri | Gangguan psikiatri yang berkaitan dengan suasana, seperti kemurungan, gangguan dwikutub dan perasaan cemas. |
terrorism | terorisme | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tindakan di luar batas perlembagaan oleh sesebuah kumpulan bagi mencapai sesuatu objektif politik yang dilakukan secara sistematik untuk menimbulkan rasa cemas dan takut orang ramai. Tindakan ini dilakukan tanpa perikemanusiaan seperti meletupkan bom di khalayak ramai, dalam bangunan atau memusnahkan binaan yang penting. Tindakan ini sebenarnya ditujukan kepada pihak tertentu seperti kerajaan atau organisasi. Walaupun begitu, orang ramai yang tidak bersalah turut menjadi mangsa. Keganasan biasanya dilakukan oleh kelompok politik beraliran kanan atau kiri, gerakan perkauman, keagamaan, nasionalis, revolusioner atau agensi pemerintah seperti yang dilakukan oleh pemerintah sendiri, perisik atau tentera. Sinonim keganasan. |