Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cen.da.wan] | چنداون

Definisi : sj kulat yg pendek batangnya dan bahagian atasnya berbentuk payung atau cuping (sesetengahnya boleh dimakan, sesetengahnya beracun), jamur; jenis-jenisnya: ~ batang, ~ bola, ~ busut, ~ racun; bagai ~ kememeh prb mudah sahaja menangis; bagai ~ disesah (dibasuh) prb pucat lesi rupanya; bagai ~ tumbuh prb terlalu banyak pd sesuatu masa; di mana ~ tumbuh, di situ tembilang terentak prb di mana perkara itu timbul, di situlah harus diselesaikan; bercendawan ditumbuhi cendawan, berkulat, berlapuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cen.da.wan] | چنداون

Definisi : beberapa jenis tumbuh-tumbuhan tidak berdaun dan tidak berakar serta cepat membiak (setengah-setengahnya dpt dimakan): ~ batang; ~ busut; ~ jerami cendawan yg dpt ditanam (sepanjang tahun) dan dpt dimakan. bercendawan ditumbuhi cendawan: Tunggul getah itu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cendawan

Puisi
 

Kembang cendawan di tengah padang,
     Tempat Cik Siti memacu kuda;
Pada bulan baik bintang,
     Sungguhpun kecil selalu ada.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Di mana tembilang terentak,
     di situ cendawan tumbuh.

Bermaksud :

Di mana timbul perkara di situlah diselesaikan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Di mana batang terguling, di situ cendawan tumbuh, b. Di mana kapak jatuh, di situ baji makan).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
poppet valveinjap cendawanKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaInjap yang berbentuk cendawan.
mushroom coralkarang cendawanSains MarinTiadaKarang yang berbentuk bujur seperti cendawan dengan bahagian permukaannya memiliki banyak bonjolan seperti bukit beralur dari tepi hingga ke pusat tengahnya.
poppet valveinjap cendawanKejuruteraan AutomotifEnjinInjap pengambilan dan injap ekzos berbentuk cakera pada hujung aci yang digunakan dalam enjin kitaran empat lejang. Injap ini digunakan bagi mengawal masukan udara atau campuran udara-bahan api dalam silinder untuk pembakaran serta mengawal keluar bahan yang telah terbakar dari dalam silinder ke ekzos.
cap (mushroom) (Pileus)payung (cendawan) (Pileus)BiologiTiadaTiada
valve facemuka injapKejuruteraan AutomotifEnjinBahagian condong pada pangkal injap berbentuk cendawan yang bersentuhan dengan dudukan injap. Bahagian ini dicanai pada sudut tertentu untuk membentuk permukaan yang licin supaya sentuhan yang sempurna dapat dihasilkan.
immunostimulantimunostimulanHerbaTiadaHerba yang meningkatkan ketahanan semula jadi tubuh terhadap penyakit. Contoh herba ini ialah barli, hempedu bumi, kekait dan cendawan maitake, reishi dan shiitake.
gillinsang; gil (sukatan)Pentadbiran PerniagaanTiada1. Insang: Organ pernafasan haiwan akuatik.,2. Struktur bermembran yang pipih dan lebar, yang terdapat pada cendawan.,3. Gil: Suku pain bagi sukatan cecair.
antiviralantiviralHerbaTiadaHerba yang memusnahkan virus dalam tubuh. Contoh herba ini ialah kunyit, lidah buaya, akar manis, astragalus, barli, kalendula, echinacea (ekinasea), cendawan maitake dan reishi, dan raspberi merah.
coral growth formbentuk pertumbuhan karangSains MarinTiadaPengkelasan organisma karang skleraktina atau karang keras yang dibuat berdasarkan bentuk dan struktur morfologinya. Pengkelasan ini terdiri daripada karang bercabang, karang masif, karang menjalar, karang submasif, karang folios, karang cendawan, karang milepora dan karang heliopora.

Kembali ke atas