Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ceng.kam] | چڠکم

Definisi : 1. pegangan (geng­gaman) dgn kuku atau cakar, cengkeraman: ia tidak dapat melepaskan dirinya drpd ~ beruang itu; Mawi menguatkan ~ tangannya pd rambut Zaini; 2. kekuasaan yg menindas, (memeras, menekan, menyebabkan pende­ritaan, dsb): seluruh rakyat telah menderita sewaktu dlm ~ Jepun; hasil program kawalan penyakit 1978, kanak-kanak bebas drpd ~ cirit-birit; mencengkam 1. memegang kuat-kuat dgn kuku (cakar), mencengkeram: rambut anaknya itu dicengkamnya lalu ditariknya; 2. mengapit (menyepit), mencantumkan kain dll (dgn menjahit); 3. ki menguasai (memeras, menindas): perjuangan sekarang adalah utk menghalang kaum kapitalis ~ semula kemakmuran negara; mencengkamkan menekankan (kuku, ca­kar, dll) utk mencengkam; pencengkam (Kej) sj alat utk mencan­tumkan atau melekatkan alat-alat lain: ~ rata; ~ U. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ceng.kam] | چڠکم

Definisi : ; daun ~ harimau sj tumbuhan (pokok kecil), pokok tapak rimau, Trevesia cheirantha. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ceng.kam] | چڠکم

Definisi : , = cengkaman 1 genggaman dgn kuku atau cakar: Ia meronta-ronta hendak melepaskan diri drpd ~ beruang itu. 2 kekuasaan; penindasan: Dlm ~ diktator itu, mereka tidak dpt menyuarakan pendapat secara bebas. mencengkam 1 memegang erat-erat dgn kuku atau dgn cakar: Helang ~ anak ayam. 2 menyepit atau mengapit sesuatu erat-erat: Kerana terlalu marah, orang itu telah ~ leher pemuda yg kurang ajar itu. 3 ki berkuasa atas se­suatu; menguasai; menindas: Orang-orang tengah telah ~ kaum petani di luar bandar sejak dahulu lagi. mencengkamkan mengenakan kuku (tangan, kaki) utk mencengkam: Helang itu telah ~ kukunya pd mangsanya lalu membawanya terbang. pencengkam alat yg digunakan utk mencengkam sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cengkam


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ikat cengkam punaiikat cengkam punaiKesenianTiadaIkatan pengukuh junjung pada bingkai secara dua lilitan pada junjung, satu lilitan pada bingkai dan disimpulkan pada bahagian tengah.
catheadlengan cengkamKesenianTiadaLengan cengkam: Alat pada piring bindu untuk memegang benda yang tidak berbentuk silinder.
Andrographis paniculataHempedu bumi, akar cerita,cengkam bumiPertanianTiadaTumbuhan daripada famili Acanthaceae, dikenali sebagai akar cerita dan cengkam bumi daripada jenis semusim. Herba ini berdaun jenis ringkas, bunganya kecil dan berwarna putih. Buahnya pula jenis kapsul dan berbiji kecil. Pokok ini ditanam secara meluas di Malaysia. Antara sebatian kimia yang terdapat dalam daun ini ialah sebatian golongan andrografolida, andrografisida, neoandrografolida, polifenol flavonoid, alkana, keton, aldehida, dan mineral. Daun pokok ini digunakan untuk mengurangkan kolesterol dan mengubati penyakit hepar, kencing manis, darah tinggi dan selesema.
graspcengkamSukanTiada1. Perbuatan mencengkam alat sehingga bentuknya berubah. Perlakuan ini menyebabkan markah dipotong.
graspcengkamSukanTiada2. Perbuatan mencengkam alat untuk mengelak daripada terjatuh.
drive clutchcengkam pemacuKomunikasi MassaTiadaTiada
book clampcengkam bukuKomunikasiTiadaTiada
chain grippercengkam rantai)KejuruteraanTiadaTiada
gripper completecengkam lengkapKejuruteraanTiadaTiada
gripper carriercengkam pemegangKejuruteraanTiadaTiada
12345

Kembali ke atas