Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.rah] | چره

Definisi : ; ~ muntah Kl penyakit taun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.rah] | چره

Definisi : 1 tidak gelap atau tidak kelam; terang (bkn hari, bulan, lampu dll): Hari sudah ~. 2 dpt dilihat menerusinya (ttg kaca); jernih: kaca ~. 3 tidak hitam (ttg warna kulit); agak putih: Orangnya tinggi lampai serta berkulit ~. 4 berseri; tidak muram (ttg paras muka): Wajahnya kelihatan ~ setelah memakan ubat itu. 5 ki senang dan aman (ttg kehidupan seseorang); bahagia: Sejak harga getah naik, kehidupan mereka bertambah ~. mencerahkan menjadikan cerah. ke­cerahan keadaan cerah; kejernihan. pencerahan perbuatan atau proses mencerahkan: krim yg dpt membantu ~ kulit. pencerah sesuatu (bahan) yg mencerahkan kulit dsb: losen ~ kulit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cerah

Puisi
 

Bulan cerah bersinar benar,
     Cahayanya cerah sampai ke pintu;
Cuba cubit abang nak kenal,
     Lainkah tidak dari dahulu?


Lihat selanjutnya...(12)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
certosinasertosinaKesenianHiasan DalamanTeknik menginlaikan bahan yang berwarna cerah ke dalam bahan yang berwarna gelap bagi menghasilkan suatu reka bentuk perhiasan. Bahan-bahan inlai ini biasanya terdiri daripada gading, kayu cerah atau tulang.
clearbersih; lega; padam-bersih; terang; jernih; lob belakang (Badminton), cerahKomunikasi MassaTiadaTiada
applewoodapplewoodKesenianHiasan DalamanKayu pokok epal yang berwarna cerah, digunakan untuk membuat alat perabot dan venir. Perabot yang diperbuat daripada kayu jenis ini biasanya dikemaskan secara semula jadi atau disapu cat.
day curtainlangsir siangUmumTiadaSejenis langsir yang lazimnya berwarna cerah atau jarang untuk kegunaan pada waktu siang.
sun-kissed skinkulit kucup suriaUmumTiadaKulit yang kelihatan menarik, cantik dan cerah kerana terdedah kepada cahaya matahari.
elmelmKesenianHiasan DalamanPokok yang terdapat di hemisfera utara, daripada genus Ulmus yang berdaun lebar dan tepinya bergerigi, serta berkayu keras dan berat. Kayu daripada pokok ini berwarna coklat cerah dan banyak digunakan untuk lantai, alat perabot serta lapisan venir.
bandwagon effectkesan sampan tundaSains PolitikPolitik PerbandinganSuatu perkara yang menjadi ikutan orang ramai ekoran daripada kepercayaan bahawa perkara tersebut akan menjadi lebih serius, berjaya dan berpengaruh. Ikutan tersebut tidak terbentuk melalui penyelidikan yang bersandarkan kepada merit, keperluan atau kepentingan tertentu, tetapi kesan ini timbul hasil daripada konstruksi yang dilakukan oleh alat-alat sosial seperti media, pengiklanan atau kempen. Konstruksi tersebut berjaya membentuk satu kesan sampan tunda yang akhirnya menjadi ikutan orang ramai. Dalam konteks politik, kesan ini boleh diperhatikan semasa pilihan raya apabila pengundi memilih seseorang calon atau parti disebabkan oleh peranan media yang menyatakan bahawa calon atau parti tersebut mempunyai peluang yang cerah untuk menang dengan menonjolkan faktor-faktor tertentu seperti personaliti dan rekod pentadbiran yang baik.

Kembali ke atas