Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj peti yg berpetak-petak tempat menyimpan ubat, pendadah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : peti yg berpetak-petak tempat menyimpan ubat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cerakin I


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tyrosinase inhibitory assaycerakin perencat tirosinaseHerbaPemiawaianProsedur yang dilakukan untuk melihat potensi ekstrak herba yang boleh merencat enzim tirosinase. Enzim ini merupakan enzim utama penghasilan melanin, iaitu pigmen kulit yang melindungi sinar ultralembayung dan kerosakan kulit. Cerakin ini dapat menentukan potensi ekstrak herba bagi tujuan kosmetik, iaitu mengurangkan kesan antipenuaan dan memutihkan kulit. Contohnya, ekstrak akueus pegaga (Centella asiatica) dapat merencat aktiviti enzim tirosinase dengan menggunakan kaedah cerakin perencat tirosinase.
anticancer assaycerakin antikanserHerbaPemiawaianProsedur untuk menentukan kandungan, kepekatan atau aktiviti suatu komponen fitokimia aktif dalam ekstrak herba yang diuji dengan menggunakan sel kanser. Sampel ekstrak herba mestilah dibandingkan dan dicerakin dengan piawai secara serentak dengan menggunakan drug tertentu, bergantung pada jenis sel kanser yang terlibat. Contohnya, cerakin antikanser bagi ekstrak tongkat ali (Eurycoma longifolia) menggunakan tamoksifen sebagai piawai untuk kanser payudara.
biological assaycerakin biologiHerbaPemiawaianProsedur untuk menentukan kandungan, kepekatan atau aktiviti sesuatu komponen fitokimia aktif dalam bahan herba yang diuji dengan menggunakan haiwan, tisu, organ, sel, mikroorganisma dan bahan imunologi. Kaedah ini adalah untuk menilai keberkesanan bahan mentah dan sediaan herba melalui penentuan aktiviti farmakologi, biokimia, imunologi dan mikrobiologi. Sampel bahan herba hendaklah dibandingkan dan dicerakin dengan piawai secara serentak. Contohnya, cerakin antiradang dengan menggunakan sebatian deksametason sebagai drug piawai bagi perbandingan terhadap ekstrak herba.
antibacterial assaycerakin antibakteriaHerbaPemiawaianProsedur penentuan kandungan, kepekatan atau aktiviti suatu komponen fitokimia aktif dalam ekstrak herba yang diuji dengan menggunakan bakteria. Sampel ekstrak herba mestilah dibandingkan dan dicerakin dengan piawai secara serentak dengan menggunakan drug amoksilin atau gentamisin.

Kembali ke atas