perennial canker | cerana saka | Biologi | Patologi | Cerana yang berlaku dalam tempoh yang lama, iaitu melebihi satu tahun, atau satu musim tanam. Cerana jenis ini banyak berlaku pada tumbuhan saka di tropika. Contohnya ialah cerana pada batang durian yang disebabkan oleh Phytophthora. |
holdover canker | cerana lekap | Biologi | Patologi | Cerana tidak menonjol yang terdapat bertaburan atau nampak seperti berpindah-pindah pada tumbuhan yang sama, dan bilangannya banyak. Contohnya ialah cerana yang disebabkan oleh bakteria Erwinia sp. dan Pseudomonas sp. Gejala ini jarang berlaku di kawasan tropika kerana ia dilakukan oleh patogen yang boleh bertahan dalam musim sejuk, dan menjangkiti tisu sihat pada musim bunga. Di tropika, jangkitan cerana berlaku secara terus menerus. bd. cerana saka. |
pitch canker | cerana alur | Biologi | Patologi | Cerana yang berbentuk alur kecil dan bertaburan. Contohnya ialah cerana pada pokok pain yang disebabkan oleh kulat Gibberella fujikuroi. |
concentric canker | cerana sepusar | Biologi | Patologi | Cerana yang bercirikan tisu luar yang tebal (kalus) seperti bibir yang mengelilingi suatu lekukan membujur. Contohnya ialah cerana pada batang limau yang disebabkan oleh kulat Ganoderna applanatum. |
patch canker | cerana tompok | Biologi | Patologi | Cerana yang nampak jelas berupa tompok-tompok berwarna gelap basah kerana cairan yang dikeluarkan oleh bahagian yang terjangkit. Contohnya ialah cerana yang disebabkan oleh Phytophthora spp. pada batang pokok durian dan pokok getah. |
canker | cerana | Biologi | Patologi | Belur nekrosis yang agak besar dan tenggelam pada akar, batang, cabang, atau buah, akibat musnahnya tisu pada kulit dan gabus. Gejala cerana yang sering dijumpai ialah ketumbuhan kulit dan gabus yang luar biasa besarnya, yang mengelilingi belur tersebut hingga kelihatan seperti dua bibir tebal yang mendedahkan bahagian dalamnya (kayu). |
symptom | gejala | Biologi | Patologi | Petanda yang nampak pada perumah yang terserang penyakit tetapi tidak kelihatan pada tumbuhan sihat. Contohnya nekrosis, layu cerana dan lain-lain lagi. |
surian batu | surian batu | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu Chukrassia tabularis daripada famili Meliaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah cerana putih , repuh dan suntung. Gubal kayu surian batu berwarna coklat kekuningan, dan dapat dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna coklat merah atau merah. Tekstur kayunya agak halus dan tidak sekata kerana mempunyai lapisan parenkima yang nyata. Ira bersimpul atau beralun. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 625 hingga 880 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras dan sederhana berat. Kayu ini mudah dikemas siap, tetapi sukar dikerjakan, sederhana tahan dan cepat mengering, tanpa cacat yang teruk. Kayu surian batu sesuai untuk kabinet yang mutu tinggi, hiasan dalaman, kayu kumai, perabot, dan venir hirisan. |
water-borne | bawaan air | Biologi | Patologi | Perihal penyebab penyakit yang ditularkan melalui, atau oleh air. Contohnya ialah Phytophthora yang menyebabkan penyakit busuk pangkal batang lada hitam, cerana durian dan lain-lain lagi. |
water-borne | bawaan air | Kimia | Tiada | Perihal penyebab penyakit yang ditularkan melalui, atau oleh air. Contohnya ialah Phytophthora yang menyebabkan penyakit busuk pangkal batang lada hitam, cerana durian dan lain-lain lagi. |