Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.rang] | چرڠ

Definisi : sl kawasan dlm hutan bekas bercucuk tanam, bekas hutan yg sudah ditebang pokok­nya atau yg tinggal sedikit sahaja pokok­-pokoknya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cerang

Puisi
 

Ayam denak beranak empat,
     Cari makan di cerang rimba;
Tengok jinak tangkap tak dapat,
     Hati mana saya tak gila.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Pelanduk di dalam cerang.

Bermaksud :

Dalam ketakutan; sangat gelisah. (Peribahasa lain yang sama makna: Pelanduk di cerang rimba).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
clear finishkemasan lutKesenianHiasan DalamanLapisan penyudah atau cat yang lut sinar, yang digunakan pada permukaan perabot kayu atau logam. Kemasan ini dikenali juga sebagai kemasan cerang.

Kembali ke atas