Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : cerita kha­yalan (yg diada-adakan kejadiannya): ~ Pak Kaduk, si Luncai, dan Pak Belalang sangat-sangat digemari oleh kanak-kanak (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cerita dongeng


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
legende (F)legendeKesenianTiadaCiptaan muzik berunsur cerita dongeng.
apologueapologKesusasteraanTiadaWatak haiwan atau objek di dalam cerita dongeng seperti manusia dan selalunya menggambarkan kelemahan dan kebodohan manusia.
mythical gardentaman mitosLandskapTiadaKawasan berlandskap menarik yang digambarkan melalui cerita dongeng.
Cinderella's slipper foldlipatan sepatu ratuPentadbiran PerniagaanTiadaLipatan napkin berbentuk kasut Cinderella dalam cerita dongeng Inggeris.
menoramenoraKesusasteraanTiadaPersembahan teater tarian rakyat yang menggunakan unsur-unsur tari, muzik dan ucapan. Pada suatu ketika dahulu, menora merupakan teater popular di selatan Thailand. Menora mempersembahkan cerita-cerita Buddhist Jataka, cerita dongeng dan mitos. Antara cerita tempatan yang dipersembahkan ialah Peak Prod � Pahlawan Kedah, Lakanawong �Pahlawan Thai, Chau tha Kirruk � isteri curang, Sinrad � tentang seorang suami yang mencari isterinya yang telah dilarikan oleh raksasa, Chaychid � putera remaja, perkelahian dan pembunuhan di antara isteri-isterinya, Darawong � cerita cinta, Chaukrey � cerita seorang Puteri Manora, dan Khrubuk � cerita Pahlawan Thai. Persembahan menora hampir sama seperti makyung, iaitu mengabungkan unsur-unsur dialog, muzik dan tari. Kumpulan muziknya mengandungi alat-alat pi (serunai), klong (sebiji geduk), tharp (sepasang gedombak), mong, cing dan cerek. Gerak tari merangkumi 12 peringkat abjad tari yang ditunjukkan dalam persembahan pembukaan Sembah Guru � Wai kru. Antara lai
fantasyfantasiKesusasteraanTiadaKarya yang dihasilkan dengan memasukkan unsur pelarian dan realiti secara sedar yang biasanya dihubungkaitkan dengan cerita khayalan. Karya fantasi biasanya berlatarbelakangkan dunia yang dikhayalkan atau dunia utopia. Karya fantasi boleh direka agar mematuhi ciri-ciri karya biasa seperti dalam cerita bertajuk Lord of the Rings (1954-1955) oleh Tolkien, atau karya fantasi yang diwarnai oleh latar mimpi seperti dalam karya pengembaraan bertajuk Alice�s Adventures in wonderland oleh Lewis Caroll. Kedua-dua jenis fantasi ini boleh ditafsirkan secara simbolik atau alegori. Karya fantasi ditulis untuk menghiburkan atau sebagai satira untuk institusi sosial masyarakat. Karya fantasi merangkumi beberapa genre kesusasteraan seperti cerita dongeng, cerita dewa-dewi, roman kesateriaan dan fiksyen sains. Unsur fantasi juga boleh ditemui dalam perfileman seperti 2001: A Space Odyssey, atau dalam siri televisyen seperti Star Trek. Lihat juga fantastik.
fabledongeng binatang/cerita binatangKesusasteraanTiadaCerita khayal pendek, sama ada dalam bentuk prosa atau puisi, bertujuan memberikan teladan atau pengajaran moral, lazimnya watak terdiri daripada binatang.
fabledongeng binatang/cerita binatangKesusasteraanTiadaCerita khayal pendek, sama ada dalam bentuk prosa atau puisi, bertujuan memberikan teladan atau pengajaran moral, lazimnya watak terdiri daripada binatang.
fabledongeng binatang/cerita binatangSejarahTiadaCerita khayal pendek, sama ada dalam bentuk prosa atau puisi, bertujuan memberikan teladan atau pengajaran moral, lazimnya watak terdiri daripada binatang.
cumulative storycerita kumulatifKesusasteraanTiadaCerita yang bertimbun banyak dan disebut juga dongeng berantai. Ia dibentuk dengan cara menambah keterangan secara terperinci pada setiap inti cerita. Contoh: Sang Kancil dengan Memerang.
12

Kembali ke atas