Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cer.mi.nan] | چرمينن

Definisi : gambaran, bayangan: ketiga-tiga watak ini memang dimaksudkan sbg ~ setengah-setengah manusia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cerminan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mirror phasefasa cerminanKesusasteraanTiadaProses pengenalan dan pengertian diri dalam kajian mengenai ego. Pada tahun 1950-1960, seorang pengkritik Perancis Jacques Lacan menyarankan suatu teori strukturalisme yang dipengaruhi teori linguistik Ferdinand de Sausure untuk tujuan kaedah psikoanalitik. Konsep ini timbul hasil daripada uji kaji yang membandingkan reaksi antara kanak-kanak dengan beruk apabila melihat imej sendiri dalam cermin. Hal ini mencetuskan pandangan tentang proses yang dilalui seorang kanak-kanak yang belum dipengaruhi orang lain, yakni belum pandai menggunakan bahasa, mula mengenali diri serta mengerti konsep diri. Kanak-kanak menjalani kehidupannya berpandukan naluri, persepsi, dan ikatan pertalian yang bersepihan. Identiti diri yang terbentuk pada tahap pembesaran ini merupakan identiti bersifat khayalan yang dinamai tahap cerminan. Seterusnya, kanak-kanak akan berasakan bahawa dia dan ibunya adalah sama akibat ikatan simbiotik antara mereka. Ikatan ini seterusnya membentuk rasa bersatu narsisis palsu (a false narcissistic sense
looking-glass selfcerminan diriPendidikanTiadaTiada
looking-glass selfcerminan diriSosiologiTiadaTiada
looking-glass selfcerminan diriSosiologiTiadaTiada
file shadowingpembayangan failTeknologi MaklumatPerisianProses menyediakan salinan sebenar atau cerminan bagi satu set data. Untuk menjadikan pembayangan fail ini lebih berkesan, bayang perlu wujud di beberapa lokasi fizikal yang berlainan selain di lokasi asal data tersebut. Sekiranya fail pada lokasi asal tidak boleh dicapai, fail tersebut masih boleh diperoleh melalui lokasi bayang yang lain.
symmetrical lenskanta simetrianFizikOptikSistem kanta yang terdiri daripada dua bahagian, satu bahagian merupakan imej cerminan bagi yang satu lagi.
imageimejSains PolitikHubungan AntarabangsaTindakan terhadap sesuatu situasi dalam persekitaran perhubungan antarabangsa yang sebahagiannya dapat difahami berasaskan persepsi pembuat dasar. Manusia bertindak dan bertindak balas berasaskan cerminan persekitarannya. Dalam proses membuat dasar, parameter tersebut merujuk kepada persepsi individu terhadap objek, fakta atau keadaan dengan menilai aspek kebaikan dan keburukannya. Dalam konteks hubungan antarabangsa, seseorang pembuat dasar boleh berbeza dalam mentafsirkan sesuatu situasi. Keadaan ini disebabkan mereka tidak sama dalam pencirian sesuatu situasi yang menyebabkan kesimpulannya juga berbeza. Secara khusus, persoalan imej yang berbeza dalam perhubungan antarabangsa menjadi lebih kompleks bagi situasi konflik apabila melibatkan banyak faktor seperti kepelbagaian kepentingan, perbezaan dalam sejarah, ekonomi, sosial dan sistem nilai.
romantic poetrypuisi romantikKesusasteraanTiadaPuisi yang memberi keutamaan pada imaginasi, perluahan emosi dan perasaan secara tulus dan spontan. Puisi ini mementingkan daya imaginasi individu sebagai wadah untuk menyampaikan kebenaran hidup. Alam semesta dianggap oleh penyair romantis sebagai cerminan jiwa manusia yang dapat diteladani dan disempadani. Puisi romantis cenderung untuk memperlihatkan unsur-unsur tidak rasional, eksotik, pelik dan menggerunkan. Pada abad ke-18, penyair dari Perancis, Jerman, England Amerika, Perancis, Itali, Rusia dan Sepanyol pula terkenal dengan puisi romantik dan pascaromantik. Di England, William Wordsworth (1770-1850), dan Samuel Taylor Coleridge (1772-1834) terkenal sebagai penulis puisi romantik.

Kembali ke atas