Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.ro.boh] | چروبوه

Definisi : 1. tidak senonoh atau tidak sopan (bkn kelakuan, perbuatan, dsb), melanggar tatasusila, biadab: berlaku ~ terhadap anak gadis orang; 2. keji, hina; menceroboh 1. berbuat atau berlaku ceroboh (biadab, tidak senonoh, dsb): engkau berani ~ memegang tangan anakku!; dialah orangnya yg selalu ~ masuk ke bilik gadis atau isteri orang; 2. masuk ke kawasan orang atau ke wilayah sesebuah negeri dsb tanpa kebenar­an (dgn tujuan utk mengganggu, mencabuli, melanggari, dsb): pengganas komunis telah ~ masuk ke kawasan sempadan Malaysia-Thai; mencerobohi 1. melakukan perbuatan ceroboh (curang, tidak senonoh, dll) terhadap (se­seorang), berlaku biadab terhadap perempuan utk mencemarkan kehormatannya dsb, men­cabuli: jadi kau yg masuk ke bilik Aida dan cuba hendak ~nya tadi? 2. memasuki ka­wasan orang atau wilayah sesebuah negeri dsb tanpa kebenaran (dgn tujuan hendak meng­ganggu, menyerang, mendudukinya, dsb): bangsa yg berniat jahat sahaja yg ~ negeri orang; mempertahankan tanah air drpd dicerobohi tentera asing; ceroboh-mencerobohi saling mencerobohi: satu tempoh kestabilan dan tidak ~ selama 40 tahun; kecerobohan perihal ceroboh, kecabulan, kebiadaban, ketidaksopanan (kelakuan, tindakan); pencerobohan perihal (perbuatan, tindakan) menceroboh(i), pencabulan: kita mesti mempertahankan diri drpd ~ musuh; kita sering terdengar rungutan nelayan kita tentang ~ nelayan asing ke kawasan perairan negara ini; penceroboh orang (negara dll) yg mence­roboh(i). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.ro.boh] | چروبوه

Definisi : Jk 1. tidak hati-hati, tidak ingat­ingat, tidak cermat (teliti); 2. gabas, kasar, tidak rapi atau kemas (perbuatan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.ro.boh] | چروبوه

Definisi : 1 tidak senonoh; tidak sopan; kasar (ttg perangai): Perbuatannya terhadap kedua-dua temannya itu sangat ~. 2 tidak dgn saksama; tidak hati-hati: Tiada sesiapa yg mahu menghargai kerjanya yg ~ itu. 3 keji; hina: Gadis yg ~ itu kasar perangainya. menceroboh berbuat ceroboh; berbuat tidak senonoh. mencerobohi 1 membuat ceroboh terhadap (kpd): Berani engkau ~ anak penghulu itu? 2 melanggar negeri (kawasan dsb) orang lain. kecerobohan kelakuan ceroboh; ketidaksopanan. pencerobohan perbuatan (hal dsb) menceroboh atau mencerobohi: Me­lihatkan ~ Belanda itu, Raja Haji menjadi marah. penceroboh orang (negara dll) yg menceroboh atau mencerobohi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ceroboh


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
invasive counselingkaunseling cerobohSains KesihatanTiadaKaunseling yang menceroboh peribadi pesakit.
personal injury coverageperlindungan kecederaan diriinsuransTiadaPerlindungan yang biasanya ditambah melalui endorsemen kepada polisi liabiliti am, terhadap libel,fitnah, silap tangkap dan ceroboh hak peribadi.

Kembali ke atas