reprint | cetak semula | - | Tiada | Ulang cetak sesuatu judul buku apabila naskhah cetakan sebelumnya kehabisan stok. |
print media | media cetak | - | Tiada | Alat komunikasi massa dalam bentuk bahan cetak, seperti buku, surat khabar dan majalah. |
press sheet size | saiz kertas cetak | - | Tiada | Dimensi kertas yang digunakan pada mesin cetak suapan kertas. |
finishing | kemasan | - | Tiada | Proses akhir cetak yang memberi perlindungan dan nilai tambah kepada hasil cetak. Contoh, kemasan UV. |
course blueprint | cetak biru kursus | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Dokumen yang mengandungi maklumat yang berkenaan dengan tajuk, prasyarat, topik, objektif, subtopik, kandungan kursus, pentaksiran, cadangan sumber pembelajaran dan tempoh kursus. Dokumen ini membantu pasukan pereka bentuk dan jabatan akademik dalam membangunkan sukatan dan kandungan pembelajaran dalam talian. |
software piracy | cetak rompak perisian | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Aktiviti menyalin atau mencetak perisian tanpa izin dan melanggar undang-undang. Contohnya, menyalin dan menjual perisian komputer untuk tujuan mengaut keuntungan. |
press proof | pruf cetak | - | Tiada | Pruf yang disediakan oleh pencetak kepada penerbit untuk disemak kualiti cetakannya. Sinonim printing proof. |
print run | jumlah cetak | - | Tiada | Kuantiti keseluruhan bahan terbitan yang dicetak. |
print specifications | spesifikasi cetak | - | Tiada | Senarai butiran penting yang disediakan oleh penerbit untuk buku yang akan dicetak. |
printing proof | pruf cetak | - | Tiada | Lihat press proof. |