specimen copy | naskhah contoh | Komunikasi | Korporat | Sebarang bentuk hasil karya yang digunakan sebagai contoh penerbitan atau cetakan untuk dinilai sebelum cetakan dan penerbitan akhir diluluskan. Naskhah ini juga digunakan sebagai contoh bagi mewakili penerbitan atau cetakan sebenar. Naskhah contoh diperlukan bagi tujuan penilaian akhir mutu penerbitan sebelum cetakan akhir dilakukan atau sebelum diedarkan. Selain itu, naskhah contoh juga digunakan sebagai bahan peragaan dan hadiah. Naskhah contoh turut diperlukan untuk penilaian kesesuaian penggunaannya sebelum cetakan tambahan dilakukan bagi memenuhi permintaan khalayak. Kerja penilaian dan penggunaan naskhah ini biasanya diselaraskan oleh bahagian perhubungan korporat atau perhubungan awam. Penerbitan dan pengedaran bahan ini terkawal dan ditanda sebagai naskhah contoh. |
mixed printing | cetakan campur | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Cetakan setem yang menggunakan lebih daripada satu proses cetakan. |
screen printing | cetakan kasa | Komunikasi | Tiada | Cetakan yang dihasilkan dengan cara membuat lubang pada bahagian yang hendak dicetak mengikut imej yang diperlukan. Cetakan ini boleh dibuat di atas pelbagai bahan dan permukaan. |
station log | log stesen | Komunikasi | Korporat | Daftar senarai bahan siaran yang ke udara untuk keperluan siaran dalam sehari. Daftar ini boleh berbentuk cetakan dan salinan cetakan atau berkomputer. Senarai log ini mengandungi nama rancangan yang akan ke udara, iklan, pengumuman khidmat awam, promo, penyiaran azan, dan pengumuman lain seperti yang tercatat dalam jadual rancangan untuk hari berkenaan. Bahan ini disusun secara kronologi mengikut waktu siaran yang telah ditetapkan lebih awal. Fungsi log ini adalah untuk menjadi rujukan kepada petugas siaran pada hari berkenaan. Daftar ini juga berfungsi untuk memantau atau mengenal pasti sama ada sesuatu rancangan yang disusun akan disiarkan pada hari berkenaan atau tidak. Pihak yang menggunakan log ini biasanya ialah petugas di bilik kawalan utama, penerbit konti, serta petugas tenaga teknikal lain pada hari berkenaan. Log ini juga penting kepada sesebuah stesen penyiaran radio atau televisyen yang mempunyai kerjasama penyiaran rancangan dengan saluran lain, sama ada saluran tempatan atau luar negara. Seseb |
blueprint | cetakan biru | Kesenian | Tiada | 2. Cetakan kertas berwarna biru yang dihasilkan melalui surihan lukisan kejuruteraan atau pelan arkitek. |
blueprint | cetakan biru | Kesenian | Tiada | 2. Cetakan kertas berwarna biru yang dihasilkan melalui surihan lukisan kejuruteraan atau pelan arkitek. |
anopisthographic print | cetakan sebelah | Perpustakaan | Tiada | Cetakan buku blok terawal yang menggunakan dakwat tulisan yang cetakannya hanya pada bahagian sebelah muka surat sahaja. |
bidirectional printing | cetakan dwihala | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Proses cetakan dua hala. |
original prints | cetakan asli | Kesenian | Tiada | Prin atau cetakan yang imej pada platnya ditentukan oleh pelukis itu sendiri dan selalunya terdapat tanda tangan pelukis berkenaan. |
anastatic printing | cetakan anastatik | Perpustakaan | Tiada | Proses atau kaedah memperoleh cetakan faksimile daripada sebarang corak atau reka bentuk bercetak atau ukiran dengan memindahkannya kepada plat zink. |