Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ceteris paribus


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ceteris paribusceteris paribusEkonomiTiadaFrasa Latin yang bermaksud hal atau faktor lain tidak berubah. Ceteris paribus ialah andaian penting dalam analisis ekonomi yang menunjukkan kesan perubahan satu atau beberapa pemboleh ubah bebas, sementara pemboleh ubah bebas yang lain adalah tetap. Misalnya, kesan perubahan harga terhadap permintaan sesuatu barang dengan andaian bahawa faktor-faktor lain termasuk pendapatan adalah tetap.
ceteris paribusceteris paribusGeografiTiadaTiada
ceteris paribusceteris paribusPentadbiranTiadaPerkataan latin yang bermakna, Perkara-perkara lain diandaikan tidak berubah, digunakan dalam analisis ekonomi bagi melihat kesan mengubah sesuatu pemboleh ubah tanpa mengubah pemboleh ubah lain.
inferior goodsbarang bawahanEkonomiTiadaBarang yang mempunyai keanjalan pendapatan yang negatif, iaitu kuantiti yang diminta berkurang apabila pendapat pengguna bertambah, ceteris paribus.
normal goodsbarang normalEkonomiTiadaBarang yang mempunyai keanjalan pendapatan yang positif, iaitu kuantiti yang diminta bertambah apabila pendapatan pengguna berubah, ceteris paribus. Barang normal kadang-kadang dikenali juga sebagai barang atasan.
marginal productivitydaya pengeluaran sutEkonomiTiadaTambahan unit atau nilai output yang boleh dikeluarkan dengan menambah penggunaan satu unit faktor pengeluaran, ceteris paribus. Misalnya, sebuah kilang dengan 7 orang buruh boleh mengeluarkan 100 unit payung. Dengan 8 orang buruh, pengeluaran menjadi 110 unit. Daya pengeluaran sut buruh ke 8 ialah 10 unit. Lihat juga keluaran sut.
assumptionandaianEkonomiTiadaPernyataan yang dianggap benar dan dijadikan asas pembinaan teori. Misalnya, pembinaan teori pasaran berasaskan andaian bahawa pengguna dan pengeluar berkelakuan rasional. Pengguna diandaikan memaksimumkan utiliti, manakala pengeluar diandaikan memaksimumkan keuntungan. Kese- luruhan teori ekonomi teori ekonomi menggunakan andaian ceteris paribus, iaitu hal-hal lain tidak berubah.

Kembali ke atas