Acalypha indica | cika emas; rumput lis | Pertanian | Tiada | Tiada |
Acalypha indica | Cika Mas | Pertanian | Tiada | Tumbuhan dalam famili Euphorbiaceae ini juga dikenali sebagai kucing galak, ceka emas dan lis-lis. Ia jenis pokok herba 30 cm tinggi dalam famili Euphorbiaceae. Tumbuhan ini mempunyai daun ringkas, berbentuk ovat dan tepi daun bergerigi serulat. Jambak bunganya jenis spika mengandungi bunga bersaiz kecil. Tumbuhan ini hidup liar sebagai rumpai di kawasan terbuka dan tanah berpasir. Keseluruhan pokok yang telah ditumbuk lumat digunakan untuk merawat penyakit kulit, bisa gigitan ular dan luka. Air rebusan pokok digunakan sebagai ubat kumur untuk merawat ulser mulut, mandian lepas bersalin dan diminum oleh kaum lelaki sebagai afrodisiak. Air rebusan akar diminum untuk mengubati lenguh-lenguh badan dan kencing manis. |
Acalypha indica | cika mas | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan dalam famili Euphorbiaceae yang dikenali juga sebagai kucing galak, ceka emas dan lis-lis. Tumbuhan yang boleh mencapai 30 cm tinggi ini mempunyai daun ringkas, berbentuk ovat dan tepi daun bergerigi serulat. Jambak bunganya jenis spika mengandungi bunga bersaiz kecil. Tumbuhan ini hidup liar sebagai rumpai di kawasan terbuka dan tanah berpasir. Keseluruhan pokok yang telah ditumbuk lumat digunakan untuk merawat penyakit kulit, bisa gigitan ular dan luka. Air rebusan pokok digunakan sebagai ubat kumur untuk merawat ulser mulut, mandian selepas bersalin dan diminum oleh kaum lelaki sebagai afrodisiak. Air rebusan akarnya diminum untuk mengubati lenguh badan dan kencing manis. |
Herb | Herba | Pertanian | Tiada | Tumbuhan vaskular berbiji, berbatang lembut dan tidak berkayu. Kebanyakannya jenis semusim iaitu hidup satu kitaran musim lengkap dan mempunyai kitaran hidup yang pendek. Contohnya bayam, keembong, bunga matahari dan cika emas. Terdapat juga jenis herba saka contohnya pisang dan lengkuas |
herb | herba | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan vaskular yang berbiji, berbatang lembut dan tidak berkayu. Kebanyakannya jenis semusim, iaitu hidup pada satu kitaran musim lengkap dan mempunyai kitaran hidup yang pendek. Contohnya, bayam, keembong, bunga matahari dan cika emas. Terdapat juga jenis herba saka seperti pisang dan lengkuas. |