Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cili padi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
whiteflybena putihPerikananAkuakulturSejenis serangga perosak berwarna putih yang sering menyerang tumbuhan akuatik timbul seperti pokok Hygrophila deformis dan Echinodorus sp. Bena putih ini juga merupakan serangga perosak utama yang menyerang tanaman, seperti tanaman padi, cili dan tomato. Contoh spesies bena putih ialah Bemesia tabaci.
crop rotationpergiliran tanamanPertanianAgronomi

 Sistem penanaman melibatkan jenis tanaman yang berbeza, secara bergilir pada sebidang tanah. Antara sebab sistem ini diamalkan adalah untuk mengelakkan peningkatan populasi sesuatu makhluk perosak atau agen penyakit sekiranya hanya satu jenis tanaman ditanam berulang kali pada petak yang sama. Dengan menanam jenis tanaman lain, perosak atau agen penyakit itu tidak dapat meneruskan kesinambungan kitaran hidup kerana tidak sesuai dengan perumah yang baru. Contohnya, tanaman cili tidak sesuai ditanam berulang kali di petak yang sama kerana masalah virus akan meningkat. Selain itu, pergiliran tanaman juga diamalkan untuk meningkatkan kesuburan tanah dengan menanam tanaman hijau atau kekacang yang dapat meningkatkan kandungan nitrogen dalam tanah. Di kawasan padi tanpa pengairan, pergiliran tanaman seperti tembakau dan tembikai diamalkan kerana tidak memerlukan banyak  air.


Kembali ke atas