Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sj kain sutera berbunga-bunga (warnanya menyerupai warna ular sawa): Laksamana pun memakailah serba hitam, berbaju hayat memakai ~ pd bahunya; 2. bengkung (ikat pinggang, sabuk) drpd kain cindai; ~ betina = ~ sari cindai yg agak kasar tenunan­nya dan kecil corak bunganya; ~ hari sj cindai kembang; ~ jantan cindai yg halus dan besar corak bunganya; mati berkapan ~ prb mati dgn nama yg baik (dipuji, dihormati, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cindai I

Puisi
 

Perahu belayar menyusur arus,
     Patah kemudi susur di pantai;
Baik cari cindai yang halus,
     Alah beli menang dipakai.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Biar mati berkapankan kain cindai,
     jangan kain kadut.

Bermaksud :

Lebih baik mati daripada merosakkan nama baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Mati berkapan cindai). kadut = kain karung.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dodotdodotKesenianTiadaKain daripada batik atau cindai yang dipakai sebagai pakaian istana atau dalam majlis tertentu oleh pengantin dan sebagainya.
irama Malaysiairama MalaysiaMuzikTiada

 Genre muzik pop Melayu yang mencantumkan idiom pop Anglo-Amerika dengan elemen muzik Malaysia seperti rentak asli, inang, zapin dan masri. Genre muzik ini menggunakan alat tradisional seperti rebana, kompang, tabla, gambus, suling dan gendang. Contohnya, lagu <i>Hijau i>oleh Zainal Abidin, <i>Cindai i>oleh Siti Nurhaliza, dan <i>Dikir Puteri i>oleh Noraniza Idris. <i>Lihat i><i>juga i>muzik popular, <i>world music.i>


Kembali ke atas