chip | cip | Fizik | Nanoteknologi | Kepingan semikonduktor yang mengandungi padatan jutaan transistor saling terhubung antara satu sama dengan lain. Bilangan padatan transistor dalam suatu cip bertambah dari semasa ke semasa sesuai dengan perkembangan teknologi. Pada tahun 2015, terdapat 7.1 bilion transistor dipadatkan dalam cip berkeluasan 678 mm2, dengan saiz satu transistor adalah 22 nm. Cip digunakan dalam komputer sebagai pemproses dan storan data. |
genechip | gencip | Fizik | Nanoteknologi | Cip yang mengukur paras ungkapan gen secara serentak ke atas semua transkrip dalam sesuatu sampel tisu. Cip ini bersaiz sama seperti satu setem pos yang terdiri daripada substrat kaca yang mengandungi kira-kira 400 000 sel halus. Setiap sel tersebut memegang DNA daripada pelbagai gen manusia. Cip ini digunakan untuk menganalisis gen, seperti pengenalpastian gen kanser. |
magnetic memory | ingatan magnet | Fizik | Nanoteknologi | Simpanan data digital menggunakan cip berasaskan sifat magnet. Contohnya, cip yang terdiri daripada transistor yang operasinya berasaskan konsep spin elektron dan penerowongan magneto rintangan. |
system-on-chip (SoC) | sistem dalam cip | Teknologi Maklumat | Tiada | Sistem miniatur yang menggabungkan pelbagai fungsi komponen komputer atau elektronik terletak di atas satu kepingan cip. |
chipboard | papan cip | Kesenian | Hiasan Dalaman | Lihat papan zarah. |
chip | suban; serpih; racik; cip (elektronik) | Perpustakaan | Tiada | Unit mikrofilem yang mengandungi imej mikro, atau imej-imej yang lain dan pengenalan berkod yang digunakan dalam sistem mendapat kembali maklumat secara automatik. |
chip | suban; serpih; racik; cip (elektronik) | Komputer | Tiada | Tiada |
chip | suban; serpih; racik; cip (elektronik) | Geologi | Tiada | Suban: Serpihan kecil daripada hablur kayu,batu, logam dan sebagainya. |
chip | suban; serpih; racik; cip (elektronik), tatal | Kesenian | Tiada | Tiada |
microarray | mikrotatasusunan | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Himpunan tompokan fragmen DNA yang terlekat di atas permukaan cip kaca, yang direka bentuk secara khusus untuk analisis mikrotatasusunan. Tompokan fragmen DNA ini mewakili keseluruhan set gen sesuatu organisma yang tersusun dalam corak grid untuk kegunaan ujian genetik. Lihat juga analisis mikrotatasusunan. |