Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cip.ta] | چيڤتا

Definisi : angan-angan (khayalan), cita, fikiran, renungan; daya ~ kebolehan fikiran utk mereka sesuatu (karya seni dll); mencipta menerbitkan atau menghasilkan sesuatu dgn daya fikiran atau imaginasi (khayalan): utk dapat ~ cerita yg baik, diperlukan fantasi; guru hendaklah menggalakkan kebolehan ~ di kalangan kanak-kanak; menciptakan 1. mewujudkan (mengadakan, membuat, menjadikan) sesuatu dgn fikiran (kekuatan batin): dunia diciptakan oleh Tuhan dgn kuasanya yg Maha Besar; 2. mewujudkan (melahirkan, membuat, menjadi­kan) sesuatu yg baru: Karl Marx bercita-cita ~ masyarakat yg sama rata; 3. membuat (menjadikan) sesuatu drpd bahan-bahan yg lain: drpd keledek pula ia ~ hasil-hasil spt sebatian getah yg berharga, kanji, halia tiruan, perekat, dll; 4. menghasilkan karya seni (mengarang sajak, menggubah lagu, dll): hanya dgn bakat sahaja sasterawan tidak dapat ~ novel yg bernilai; kalau mahu mendapat penghargaan, seniman mestilah ~ karya yg mengagumkan manusia; tercipta sudah diciptakan (dibuat, dijadikan), terwujud; ciptaan sesuatu yg diciptakan, hasil keseni­an: lagu-lagu ~ seniman agung P.Ramlee;ia tidak mengharapkan siapa-siapa punmembeli atau memuji ~nya yg tergantung di bilik pameran itu; penciptaan perihal (usaha dsb) mencipta(kan); pencipta (orang) yg menciptakan (menjadikan, membuat, mewujudkan): ~ fesyen pakaian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cip.ta] | چيڤتا

Definisi : (kesanggupan) fikiran utk me­ngadakan sesuatu (karya seni dll). men­cipta 1 memusatkan fikiran (utk mengadakan sesuatu); memikirkan dgn sungguh-sungguh (utk mengadakan sesuatu). 2 mengadakan atau mewujudkan sesuatu dgn kuasa sendiri dan tidak menggunakan bahan: Allah yg ~ langit dan bumi serta seluruh isinya. 3 menghasilkan sesuatu karya seni (spt lukisan, lagu dsb): Semasa hidupnya, Allahyarham telah ~ lagu lebih drpd seribu buah. 4 mengadakan sesuatu yg baru; mencapai sesuatu kejayaan atau hasil terbaik dlm olahraga dsb: Dia telah ~ rekod baru dlm lumba lari 400 meter. ciptaan sesuatu yg dicipta; hasil kesenian yg dicipta: Sajak-sajak ~nya sangat digemari orang. penciptaan perbuatan atau hal mencipta. pencipta (orang) yg mencipta: Orang masih bertanya-tanya siapakah sebenarnya ~ lagu Terang Bulan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cipta


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
warezwarezTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKategori kod atau perisian yang mempunyai hak cipta yang dihasilkan oleh kumpulan pengguna tetapi melanggar akta hak cipta. Pelanggaran hak cipta merujuk kepada penerbitan dan penghasilan kod atau perisian secara tidak sah. Konsep warez ini bertentangan dengan perkongsian fail antara rakan - ke- rakan atau kumpulan pengguna yang mempunyai minat yang sama. Kebiasaannya, warez tidak melibatkan pemalsuan perisian komersial untuk tujuan keuntungan. Pada asalnya, warez digerakkan oleh kumpulan pengguna bawah tanah tetapi sekarang telah menjadi tempat yang biasa dilawati pengguna Internet dan media massa. Contoh fail warez yang biasa diperoleh ialah kod tampung, kod rengkahan atau perisian penjana kekunci.
mythopoeiacipta mitosKesusasteraanTiadaPengubahsuaian bahan mitos atau pembikinan mitos peribadi secara sedar. Contoh pembikinan mitos peribadi boleh ditemui dalam sajak-sajak William Blake. Antara pengarang tempatan yang mengubah suai bahan mitor ialah Shahnon Ahmad dan cerpennya bertajuk �Wan Enpuk Wan Malini�. Istilah ini berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �cipta mitos�. Cipta mitos dikenali juga sebagai serap mitos.
copyrighthak ciptaTeknologi Maklumate-PembelajaranHak melalui undang-undang untuk mengguna, menjual atau mendapatkan lesen pemilikan intelektual seperti majalah, buku, video, filem dan sebagainya. Pemegang hak cipta boleh mendakwa sesiapa yang menggunakan harta intelektualnya tanpa kebenaran. Contoh hak cipta ialah Adobe, Totara, Camtasia Studio 8 dan Google Apps for Education. Banding hak terbuka.
makerspaceruang reka ciptaUmumTiadaTempat khas bagi individu/kumpulan yang memiliki minat yang sama dalam projek buatan sendiri dengan memanfaatkan ruang untuk mereka cipta dan melaksanakan projek mereka di samping berkongsi idea, peralatan dan pengetahuan dalam bidang pengkomputeran, teknologi dan pertukangan.
license creative commons (CC)lesen kreatif terbuka (CC)Teknologi Maklumate-PembelajaranSijil hak cipta awam yang membolehkan pihak lain menyebar, menambah, mengubah suai, menambah baik dan berkongsi hasil kerja kreatif yang dilindungi undang-undang hak cipta. Terdapat beberapa jenis lesen seperti lesen penggunaan tanpa syarat (CC0) dan lesen penggunaan dengan pemberian kredit (CC-BY). Sijil ini bertujuan untuk menggalakkan penyebaran dan penggunaan hasil kerja kreatif berlesen. Lihat juga hak terbuka, hak cipta.
cocreatecipta bersamaUmumTiadaPenghasilan sesuatu secara bersama-sama oleh dua pihak atau lebih.
creativitydaya ciptaKesusasteraanTiadaKebolehan mencipta sesebuah karya sastera dan sebagainya.
invented wordskata ciptaKesusasteraanTiadaPerkataan yang dicipta oleh pengarang, yang bercanggah dengan konvensi bahasa. Ciptaan perkataan sedemikian menjadikan dunia rekaan pengarang lebih meyakinkan selagi butir-butir perkataannya munasabah. Dalam novel bertajuk A Clockwork Orange, Anthony Burgess mencipta sejenis perkataan (bahasa ungkapan) untuk watak remaja yang kejam. Dalam novel ini, bahasa ciptaan Anthony disebut �Nadsort� dan perbendaharaan katanya hanya mengandungi 250 perkataan.
projective testujian projektifPerubatanPsikiatriUjian personaliti yang direka cipta untuk menguji tindak balas seseorang terhadap rangsangan yang tidak menentu bagi mendedahkan emosi dan konflik dalaman yang terpendam.
machine consciousnesskesedaran mesinTeknologi MaklumatTiadaPercubaan oleh individu yang mereka cipta dan menganalisis mesin bermaklumat untuk menerapkan kaedah melalui pelbagai cara bagi memahami kesedaran dan memeriksa peranan kesedaran dalam mesin bermaklumat.
123

Kembali ke atas