lyrical novel | novel lirik | Kesusasteraan | Tiada | Novel yang memanfaatkan ciri-ciri sebuah novel biasa dan ciri-ciri puisi lirik. Penulisan novel lirik berlegar pada emosi dan psikologi watak berbanding pembinaan plot seperti yang biasa ditemui dalam novel konvensional. Novel ini lebih menekankan puisi lirik yang menyentuh perasaan penulis tentang sesuatu perkara dan pemaparannya melalui imejan. Contoh sastera Indonesia ialah Pengakuan Pariyem oleh Linus Suryadi AG. Lihat juga imejan, lirik, novel. |
epic fantacy | fantasi epik | Kesusasteraan | Tiada | Karya fantasi yang memiliki ciri-ciri umum karya epik. Antara ciri-ciri tersebut termasuklah gambaran kehebatan wira yang luar biasa, latar yang luas tanpa batasan, unsur kayangan, kedewaan dan sebagainya. Dalam kesusasteraan Melayu tradisional, unsur-unsur fantasi epik banyak ditemui dalam karya hikayat penglipur lara yang menceritakan kegagahan dan pengembaraan wira yang luar biasa. Contohnya, Hikayat Bayan Budiman. |
victim profiling | pemprofilan mangsa | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Suatu kaedah atau teknik yang diguna pakai dalam bidang kriminologi untuk mengenal pasti ciri-ciri seseorang mangsa serta perbandingan ciri-ciri mangsa dengan mangsa kes jenayah lain melalui penyiasatan dan analisis bukti yang didapati dari tempat kejadian jenayah tersebut. Tujuan penyediaan pemprofilan mangsa adalah untuk meramal ciri-ciri pelaku dan mengaitkan antara satu kes dengan kes yang lain bagi mengecilkan skop pencarian dan menangkap suspek. |
anti-urban tradition | tradisi antibandar | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Fahaman perancangan yang menolak ciri-ciri perbandaran tetapi lebih menyintai ciri-ciri desa. |
neo-classicism | neoklasisme | Kesusasteraan | Tiada | Gaya penulisan yang berasaskan ciri-ciri warisan Latin dan Yunani klasik yang dihidupkan semula di Eropah. Gaya penulisan menggunakan ciri-ciri keseimbangan, kesantunan, ketelitian dan kejituan dihidupkan semula di Eropah pada abad ke-17 dan 18. Mengikut peraturannya fungsi puisi adalah untuk pendidikan moral, manakala bentuk puisi perlu terhad kepada bentuk yang tetap seperti kuplet wiraan bagi mencerminkan keadaan manusia yang terhad dan serba kekurangan. Berbanding dengan romantisisme yang dianggap lebih bebas dan ghairah, neoklasisme mewakili sistem nilai yang lebih mengutamakan kewarasan, kejelahan, disiplin dan ketertiban sesuai dengan zaman yang dikenali sebagai Zaman Rasional. Oleh sebab nilai klasik dianggap sudah sempurna, tugas penulisan moden adalah untuk meniru gaya warisan ini. Antara penulis utama neoklasisme ialah Dryden, Pope, Addison, Johnson, goldsmith dan Swift. Lihat juga kuplet wiraan, romantisisme. |
semi-democracy | separuh demokrasi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Amalan demokrasi yang tidak sepenuhnya memiliki ciri-ciri demokrasi tulen. Sistem ini mempunyai ciri-ciri asas demokrasi seperti pilihan raya, dewan perwakilan, penguatkuasaan undang-undang, parti politik, kumpulan pendesak dan media. Walau bagaimanapun, demokrasi ini tidak membenarkan kebebasan yang luas dan meletakkan pelbagai batasan atau kawalan yang bertujuan mengekalkan status quo. Pilihan raya yang dilaksanakan sering dikuasai oleh kerajaan dengan membataskan ruang berkempen untuk pembangkang. Media dikuasai oleh pemerintah sementara kumpulan pendesak tidak sepenuhnya bebas. Perjalanan demokrasi dalam sistem ini begitu kuat ditentukan oleh pemerintah atau institusi negara dan sekali gus menjadikan persaingannya separuh demokratik. Contohnya, Malaysia, Indonesia dan Singapura pada dekad 1960-an -1980-an dianggap sebagai semidemokrasi. Sinonim semidemokrasi. |
Apollonian | gaya Apollo | Kesusasteraan | Tiada | Gaya Dewa Apollo yang dikaitkan dengan keteriban dan ketamadunan dalam mitos Yunani. Apollo mampu meramalkan nasib manusia. Ciri-ciri Apollo merupakan aspek integral dalam sesetengah drama Yunani. Ciri-ciri ini mementingkan simetri, logik dan kerasionalan. Lihat juga gaya Dionysius. |
epidemiological features | ciri epidemiologi | Perubatan | Tiada | Ciri-ciri tentang perkaitan berbagai-bagai faktor yang menentukan kekerapan dan keleluasan penyakit dalam sesuatu komuniti, seperti contoh gejala dan tanda-tanda penyakit. |
clinical feature | ciri klinikal | Kesihatan Awam | Tiada | Ciri-ciri yang menggambarkan keadaan yang menimbulkan gejala yang perlu diberikan perhatian atau yang dapat dikenal pasti. |
emblematic | nama lambang | Kesusasteraan | Tiada | Nama yang diberikan kepada watak dalam sesebuah cereka. Nama ini sebenarnya menepati dan memperlihatkan sifat-sifat sebenar watak tersebut. Melalui nama lambang, pembaca dapat mengetahui ciri-ciri seseorang watak, sama ada tegas, berani, bengis, gagah, cantik, penakut, pemalas dan sebagainya. Dengan kata lain, nama lambang memaparkan ciri-ciri peribadi sebenar watak. Ciri-ciri ini tergambar melalui sifat fizikal dan spiritual watak yang dilukiskan oleh pengarang dalam karyanya. Unsur nama lambang banyak terdapat dalam karya Melayu tradisional, khususnya melalui nama putera dan puteri raja Melayu yang memainkan watak hero atau heroin. Hal ini sama tergambar dalam nama puteri-puteri Melayu yang dilukiskan dengan begitu indah demi menggambarkan kecantikan dan kejelitaan mereka. Contohnya, nama Pak Pandir ialah perlambangan watak yang bodoh sementara Lebai Malang pula menggambarkan watak yang sentiasa dirundung malang. |